I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 26, 2008

Pakej Oh Pakej...

Dua tiga hari ni banyak masa aku bersama dengan jemaah haji tetamu Allah Ta'ala.Walaupun letih tapi zaujah ana nampak happy dalam melayan karenah mereka.Aku yang dah biasa tak terasa sangat.Pengalaman bersama mereka banyak mengajar kami bahawa Khidmat Hujaj Syarfun Lana bagi ahli Makah.Amat penting amanah,jujur dan bercakap benar.

Bercakap dengan jemaah haji yang datang dengan muassasah nampak kepuasan mereka dapat datang sini cuma ada segelintir yang tinggal terlalu jauh dari masjid sedikit merungut tapi bersyukur dapat bilik yang selesa:)tapi puas hati dengan duit yang dibayar dan perkhidmatan yang diberikan seperti bank tabung haji yang ada di dalam hotel serta doktor - doktor perubatan sentiasa bersama.Ada sakit demam tekan butang lif aje terus sampai.Bercakap dengan jemaah yang datang dengan Pakej Tabung Haji juga kebanyakannya berpuas hati dengan duit tambang yang dibayar.

Berlainan pula nada jemaah yang datang dengan pakej swasta.Setakat ni 90% tidak puas hati dengan janji yang ditaburkan di Malaysia malah dipaksa telan janji manis yang lalu dengan kesusahan yang tidak disangka sama sekali.Ana ada bersembang dengan salah seorang jemaah yang datang dengan saudara ana yang satu pakej.Tak perlulah disebutkan pakej mana untuk sekadar kita ambil iktibaran.Abang ni dari Pasir Mas Kelantan.Dia amat tidak berpuas hati dengan hotel yang disediakan terlalu jauh dan bilik yang terlalu sempit dan sendat dengan orang serta bilik air yang tidak selesa.Kemuncak kemarahan dia sampai dia tak sanggup lagi nak panggil ustaz yang bawa jemaah dengan panggilan 'ustaz'.Ustaz dah bertukar menjadi 'bos'.
Dia cakap bukan jemaah terlalu marah tinggal di hoel jauh tetapi marah dengannya kerana menyalahi janji manis masa kat Malaysia di mana di iklankan bahawa hotel dekatnya dari masjid dalam 200-300meter.tapi sampai sini terpaksa berjalan hampir dan mungkin lebih 1KM.Aku hanya mampu memujuknya dengan kita datang sini hendak beribadah bukan nak dok hotel.Mungkin dia redha sikit sekarang.

Huh,cubaan betul dalam melayani tetamu Allah.Bimbang.Takut.Doa mereka mustajab sangat.Bila dok sumpah seranah macam2 apa hendak jadi dengan kita jika Allah mustajabkan kata2 mereka.Ya Allah Ya Tuhan kami.Engkau jauhkan kami dari umpatan manusia dan selamatkan kami dari fitnah dalam keikhlasan kami melayan tetamu Mu di bumi yang barakah ini.Amin...

8 comments:

nurleeta said...

Salam.. sy jemaah muassasah dulu 2006/07..alhamdulillah mmg sya bersyukur. Klu ada kesulitan serba sikit, biasalah, bukannya pergi makan angin tapi beribadat.

Ibn al Haramain said...

ooo.akak ni yg kst johor ke?kita pernah berkenalan ke?

Anonymous said...

akak roosni,
salam,akak jemaah muhassah 2006/2007 dok kat hotel qurtuba barakat,alhamdullilah syukur sangat-sangat,ada kesulitan sikit2 itu biasa ditengah lautan manusia

Anonymous said...

salam,
akak jemaah 2006/2007 dok kat hotel Qurtuba barakat,alhamdullilah sikit2 kekurangan biasalah yang penting dpt pergi buat hj

Saliza said...

Salam...fis, ramai sedaro mare buleh mari wak haji tahung ni.. Alhamdulillah

Gunalah kelebihan yang Allah kurniakan pade Hafis dan Mah untuk melayan tetamu Allah tu...
Guane dgn permit dan clear ke?

Ibn al Haramain said...

salam kak.mah ni.aduilaa.hafiz cakap nak tawakal je..payah.saudara ramai jgk datang.sampai tak dan nak jumpa.cuma ada saudara dari bukit bading datang?boleh kami gi jumpa waris akak...akak bile datang sini?saya kurang sihat,2 3 hari ni

nurleeta said...

sy bukan dr kst johor.. tapi sy pun ada gak berkenalan ngn one of them.

Ibn al Haramain said...

ahlan kak roosni...hotel qortoba bolehla ana kateogarikan antara hotel muassasah paling dekat,lebih dkt dari hotel pakej.dalamnya plk ckp mewah.now,hotel tu plg dekat dgn masjid,hotel yg dpn dia dah habis musnah.kat bawah tepi jalan byk lg la:)