I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 1, 2008

Oh al Mas



'telefon berdering ring,ring,ring'...hehe...lama tidak menulis.tak ada masa.sibuk yang dibuat2kan.Sampai nak pergi jumpa TOK guru pun tak sempat.aduilaaaa.
Rupanya Ustaz Man yang call.Dia tanya kami nak kerja dengan pakej al Mas dok?Ana jawab insyaAllah.Tapi kene tengok dulu skop kerja macam mana.(inilah lebih kurang percakapan kami)dia pun send nombor handphone hj khairani.Dia minta kami gi jumpa Hajah Yasmin.
Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan,pakej al mas adalah pakej Tabung Haji paling mahal iaitu harganya RM102 000.00...Lebih dan kurang 16hari di Makah dan Madinah.
Dalam kepala kami,kami berasa sangat happy dengan tawaran ini.Bukan faktor gaji tetapi dapat buat haji bersama dengan mereka.tak payah fikir tasrih doh lepas ni :)

Kami pun pergilah berjumpa dengan Si Yasmin ni.Setelah berbincang panjang dengannya,kami cakap kami akan fikir balik hal ini.Aku pada mulanya diminta menjaga Aznil hj Nawawi.Aku tolak mentah2 coz aku memang tak pandai nak layan artis :)akhirnya ustaz man pilih khairul arifin untuk menjaganya...
Zaujati pulak diminta menjaga seorang makcik yang uzur yang tak dapat tidak kena tolak dengan kerusi roda setiap masa setiap tempat.Zaujah aku dah kira setujulah.Tiba2 Puan Yasmin cakap taawaf saii pun kena tolak juga.
aduh...ini dah parah.tak sampai hati la pulak.bukan mudah untuk dia buat haji.bukan dekat kena tolak tu.isteri aku ni bukan lasak macam isteri orang lain.Nak tolak aku pun tak larat,nak tolak makcik yang berpuluh kilo lebih berat dari aku.Hendak tolong dia baca doa bolehla:)
Nak dipendekkan cerita,kami pun tolak kerja ni kerana ada sebab2 yang tertentu.
So di sini kami nak minta maaf banyak2 kat ustaz man coz tak dapat tunaikan hajat ustaz dan kami nak ucap terima kasih banyak2 dengan peluang yang diberikan ini kepada kami.semoga Allah saja dapat membalasnya...Syukran jazilan

Now dok fikir balik,camana nak buat haji:(

4 comments:

RedAnna said...

aznil baru sampai kan semalam... erm...

Ibn al Haramain said...

yap.tapi ana tak in carge diorang.tak layaklaaa.kene orang pandai cakap jgk boleh layan dia

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

wallahualam, ana dengar cerita ayub pun ditawarkan bekerja, tapi bila ayub pergi jumpa yasmin, yasmin kata, maaflah. ada doh orang. ayub balik dgn muka yang agak separuh malu.

Ibn al Haramain said...

siannya ayubbbbbbbbbbbb.dahla kawan tu jurus pelik,kene wak gituh pulok.mintak jauhla perangai mcm tu.ana hari tu dia mcm dok pujuk jgk zaujah ana kerja jaga makcik tu...

p/s:sabarla yub.