I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 30, 2008

Di Mana Kita??? :'(

alimat terakhir yang diucapkan Rantisi sebelum gugur syahid di Gaza mencerminkan ketinggian jiwa perjuangan seorang doktor pakar kanak-kanak ini. Inilah kenangan terakhir bersama Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.



Sebelum beliau gugur ia mengatakan,"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah.Untuk itu, biarkanlah Sharon dan kaum konspirator menggantung harapannya di sini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini. Jalan kami sukar dan berliku. Namun, inilah satu-satunya jalan yang menyampaikan kami kepada cita-cita kami. Demi perjuangan ini, mutlak tak ada kelemahan, menyerah, dan menghinakan diri."

Dengan kalimat perpisahan Rantisi kepada dunia fana yang semakin tua ini, Ia menyambut mati syahid dengan dada lapang. Beliau tidak bersembunyi dengan posisinya sebagai pemimpin Hamas, pengganti Syeikh As Syahid Ahmad Yasin. As-Syahid menyatakan,"Bukan menjadi rahsia Syeikh Yasin adalah pemimpin Hamas. Pengumuman nama saya juga bukan hal baru. Ini kerana sejak awal Israel memburu saya dan semua pemimpin Hamas. Kemudian, Hamas memerlukan identiti jelas; kepemimpinan yang boleh dijangkau oleh semua pihak, baik pemerintah, kumpulan-kumpulan perjuangan, ataupun orang biasa."

Semua pernyataan Rantisi sebelum syahid berkaitan dengan kesatuan nasional dan jihad. Ia mengatakan tentang pembalasan kematian Syeikh Yasin,"Kami tidak akan melupakan darah-darah kami yang tertumpah, kami yang dimaksudkan adalah Fatah dan sayap ketenteraanya, Jihad Islam dan sayap ketenteraannya, Barisan Rakyat, Barisan Demokrasi, Hamas dan semua sayap ketenteraannya."

Rantisi adalah tokoh karismatik yang dikagumi banyak pihak. Ia dibunuh Israel di Gaza kurang dari sebulan setelah pembunuhan Syeikh Yasin oleh Israel.

Pada bulan Jun tahun lepas beliau terselamat dari percubaan pembunuhan yang dilancarkan oleh Israel. Setelah Syeikh Yasin berjaya dibunuh di luar sebuah masjid di Gaza pada 22 Mac 2004, sasaran Israel menghala kepada sosok tegap dan tegas ini.

Sumber Israel menyebutkan, empat pesawat penggempur Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Rantisi sebelum akhirnya tempat beliau diketahui dan dibunuh, Sabtu lepas.

Peribadi Ar-Rantisi
Rantisi (56 tahun) sebenarnya adalah doktor pakar kanak-kanak yang menimba ilmu di Mesir, seorang pemimpin politik Hamas dan tidak berkaitan dengan sayap ketenteraan gerakan ini. Ini tentu tidak boleh diterima Israel. Bagi penjajah yang sudah mencengkamkan kukunya di Palestin selama lebih dari setengah abad ini, tidak ada bezanya antara sayap politik dan sayap ketenteraan Hamas. Bahkan Israel menuduhnya sebagai ahli perancang yang membuat keputusan serangan bom syahid. Selepas syahidnya Syeikh Yasin, ia berkata kepada para pendokongnya, Hamas di dalam Palestin akan memerangi Israel hingga Palestin merdeka.

Rantisi adalah tokoh peribadi yang islamik dan komitmen. Memiliki enam cahaya mata dan terkenal dengan sifat meghentikan pertemuan buat sementara demi untuk menunaikan solat pada waktunya. Loghat Inggerisnya yang fasih, menyebabkan as-syahid digemari oleh ramai wartawan dari pelbagai media. CNN dan TV Inggeris pun pernah melakukan wawancara dengannya.

Sikapnya yang tegas membuatkan banyak pemuda Palestin mengaguminya dan semakin lekat dengan Hamas serta semakin kukuh memperjuangkan perjuangan penentangan sama ada di Tebing Barat atau Genting Gaza.

Kelahiran
Rantisi dilahirkan di desa Yabna, berdekatan kota yang sekarang dikenali dengan Asqolan di Israel. Ketika masih lagi menyusui ibunya, as-syahid berpindah bersama keluarganya ke Genting Gaza berserta ribuan warga Palestin yang diusir pada tahun 1948 ketika Israel didirikan. Rantisi membesar di perkhemahan pelarian Khan Yunis dan menimba ilmu di Mesir. Ketika kembali ke Gaza ia terlibat menubuhkan Hamas pada tahun 1987. As-Syahid pernah keluar masuk penjara Israel berkali-kali semenjak tercetusnya Intifadhoh pada tahun 1987.

Rantisi adalah salah seorang dari 415 tokoh yang terlibat dengan gerakan Hamas dan Jihad Islam yang pernah diusir ke Lubnan pada tahun 1992 setelah terjadi rangkaian serangan ke atas Israel. As-Syahid kembali ke Palestin setelah Israel mendapat tekanan antarabangsa. As-Syahid juga pernah dipenjara kerana menolak berdamai dengan Israel.

Friday, December 12, 2008

Terima Kasih

Jazakumullahu khairan jaza' kami nak ucapkan kepada kak ila dan keluarga serta kak eni dan keluarga atas kenangan yang cukup bermakna kepada kami.
Semoga Allah Ta'ala sahaja yang dapat membalasnya jasa baik akak2 sekeluarga dan melimpahkan rahmatNya kepada kita semua...amin
Syukran Jazilan Kasiiran:)

Thursday, December 11, 2008

Arafah dalam Kenangan


Rasanya tahun ini aku paling banyak snap gambar masa wukuf coz ada camera woman yang sudi ambil gambar.hehe...jadi di sini upload sikit untuk tatapan bersama:)


"SABIILL!!!SABILLL!!!"
pakcik kat belakang dok berteriak nak bagi makanan.
sempat jgkla kami merasa sedekah mereka.
dok intai jgk kamiteken kot2 ada
dok menembak kt situ.hehe


'Doa utk saya retek deh...'


my best frend :)


'orang dok doa,dia dok action pulok...hehe...'
"xpe,tak masok waktu wukuf lagi laaa..."


berangkat pulang daa...

Monday, December 8, 2008

Arafah

Kitorang upload dulu gambar haji kali ni,kisahnya insyaallah lepas2 ni lah.Nak bertolak ke Mina pulak ni.Doakan kami di sini...doa anda penting untuk jemaah haji tahun ni('',)

tandas di Arafah
panduan kiblat di mana-mana

Friday, December 5, 2008

Rentetan Haji

Alhamdulillah...segala pujian bagi Allah yang masih memberi kami ruang untuk terus beribadat kepada-Nya. Hari ni merupakan hari tarwiyah untuk semua jemaah haji. Kami yang boleh dikira ahli Makkah ni masih terkontang -kanting nak buat haji. Tapi alhamdulillah, semalam sahabat kami dari Jordan, Ust Hafizul Bin Rasdi selaku 'kepala travel' dari Jordan telah menghantar sms kepada kami bahawa kami boleh join groupnya untuk haji kali ni..alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan semua urusan dan semoga kami serta seluruh jemaah haji tahun ni dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur insyaAllah..

Pagi ni suami saya masih menerima panggilan jemaah supaya membawa mereka ke hospital. Jemaah ni parents kepada kawannya zaman kecik2 dulu. Semalam suami saya mengadu keletihan serta kesihatannya kurang mengizinkan untuk 'pi mai'. Musim ramai orang gini biasalah..banyak virus berterbangan. Jadi suami saya pun dah jadi salah seorang daripada yang terkena virus. Akibatnya,terjadilah kahak kuning serta selsema.macam nk demam pun ada.tadi sebelum keluar dimintanya sweater untuk menahan kesejukan pagi. Anda yang membaca entri kali ni,jom kita sama2 doa agar jemaah haji yang nk buat haji tahun ni diberikan ketabahan serta kesihatan yang baik supaya nk buat ibadat pun dapat concentrate.

Masih belum terlambat rasanya saya nak berkempen tentang kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ni..kepada anda yang ingin menambahkan bonus dalam amalan, masih ada 2hari lagi untuk berbuat demikian. nak sedekah boleh,mengaji, zikir,buang sampah yang kita sepak je bile kite nampak..senyum:)))..banyakkan solat sunat,puasa...ape2la yang anda fikir bersesuaian. Yang penting sama2 kita niatkan amalan kita kerana Allah....bukan kerana kita nk menunjuk kat orang, biar orang tau kita ni soleh...uiks...dan macam2 lagi la yang boleh memesongkan niat kite.Nauzubilllahi min zaalik...

Sekadar renungan

Kata-kata ini sempat saya petik dalam blog Dr Asri buat tatapan kita bersama.....

"Dalam rangkap yang akhir dalam riwayat ‘Abd Allah bin Mas’ud ini dicerita pada zaman fitnah tersebut manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia. Lihatlah, bermula dengan upah sembahyang hadiah untuk jenazah, upah baca al-Quran untuk mayat sehingga perkara-perkara lain yang lebih besar yang lain. Semua itu projek duit atas nama agama. Berbagai khurafat akhirnya muncul, sedangkan umat Islam dilanda bermacam masalah yang getir."

Monday, December 1, 2008

Oh al Mas



'telefon berdering ring,ring,ring'...hehe...lama tidak menulis.tak ada masa.sibuk yang dibuat2kan.Sampai nak pergi jumpa TOK guru pun tak sempat.aduilaaaa.
Rupanya Ustaz Man yang call.Dia tanya kami nak kerja dengan pakej al Mas dok?Ana jawab insyaAllah.Tapi kene tengok dulu skop kerja macam mana.(inilah lebih kurang percakapan kami)dia pun send nombor handphone hj khairani.Dia minta kami gi jumpa Hajah Yasmin.
Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan,pakej al mas adalah pakej Tabung Haji paling mahal iaitu harganya RM102 000.00...Lebih dan kurang 16hari di Makah dan Madinah.
Dalam kepala kami,kami berasa sangat happy dengan tawaran ini.Bukan faktor gaji tetapi dapat buat haji bersama dengan mereka.tak payah fikir tasrih doh lepas ni :)

Kami pun pergilah berjumpa dengan Si Yasmin ni.Setelah berbincang panjang dengannya,kami cakap kami akan fikir balik hal ini.Aku pada mulanya diminta menjaga Aznil hj Nawawi.Aku tolak mentah2 coz aku memang tak pandai nak layan artis :)akhirnya ustaz man pilih khairul arifin untuk menjaganya...
Zaujati pulak diminta menjaga seorang makcik yang uzur yang tak dapat tidak kena tolak dengan kerusi roda setiap masa setiap tempat.Zaujah aku dah kira setujulah.Tiba2 Puan Yasmin cakap taawaf saii pun kena tolak juga.
aduh...ini dah parah.tak sampai hati la pulak.bukan mudah untuk dia buat haji.bukan dekat kena tolak tu.isteri aku ni bukan lasak macam isteri orang lain.Nak tolak aku pun tak larat,nak tolak makcik yang berpuluh kilo lebih berat dari aku.Hendak tolong dia baca doa bolehla:)
Nak dipendekkan cerita,kami pun tolak kerja ni kerana ada sebab2 yang tertentu.
So di sini kami nak minta maaf banyak2 kat ustaz man coz tak dapat tunaikan hajat ustaz dan kami nak ucap terima kasih banyak2 dengan peluang yang diberikan ini kepada kami.semoga Allah saja dapat membalasnya...Syukran jazilan

Now dok fikir balik,camana nak buat haji:(

Wednesday, November 26, 2008

Pakej Oh Pakej...

Dua tiga hari ni banyak masa aku bersama dengan jemaah haji tetamu Allah Ta'ala.Walaupun letih tapi zaujah ana nampak happy dalam melayan karenah mereka.Aku yang dah biasa tak terasa sangat.Pengalaman bersama mereka banyak mengajar kami bahawa Khidmat Hujaj Syarfun Lana bagi ahli Makah.Amat penting amanah,jujur dan bercakap benar.

Bercakap dengan jemaah haji yang datang dengan muassasah nampak kepuasan mereka dapat datang sini cuma ada segelintir yang tinggal terlalu jauh dari masjid sedikit merungut tapi bersyukur dapat bilik yang selesa:)tapi puas hati dengan duit yang dibayar dan perkhidmatan yang diberikan seperti bank tabung haji yang ada di dalam hotel serta doktor - doktor perubatan sentiasa bersama.Ada sakit demam tekan butang lif aje terus sampai.Bercakap dengan jemaah yang datang dengan Pakej Tabung Haji juga kebanyakannya berpuas hati dengan duit tambang yang dibayar.

Berlainan pula nada jemaah yang datang dengan pakej swasta.Setakat ni 90% tidak puas hati dengan janji yang ditaburkan di Malaysia malah dipaksa telan janji manis yang lalu dengan kesusahan yang tidak disangka sama sekali.Ana ada bersembang dengan salah seorang jemaah yang datang dengan saudara ana yang satu pakej.Tak perlulah disebutkan pakej mana untuk sekadar kita ambil iktibaran.Abang ni dari Pasir Mas Kelantan.Dia amat tidak berpuas hati dengan hotel yang disediakan terlalu jauh dan bilik yang terlalu sempit dan sendat dengan orang serta bilik air yang tidak selesa.Kemuncak kemarahan dia sampai dia tak sanggup lagi nak panggil ustaz yang bawa jemaah dengan panggilan 'ustaz'.Ustaz dah bertukar menjadi 'bos'.
Dia cakap bukan jemaah terlalu marah tinggal di hoel jauh tetapi marah dengannya kerana menyalahi janji manis masa kat Malaysia di mana di iklankan bahawa hotel dekatnya dari masjid dalam 200-300meter.tapi sampai sini terpaksa berjalan hampir dan mungkin lebih 1KM.Aku hanya mampu memujuknya dengan kita datang sini hendak beribadah bukan nak dok hotel.Mungkin dia redha sikit sekarang.

Huh,cubaan betul dalam melayani tetamu Allah.Bimbang.Takut.Doa mereka mustajab sangat.Bila dok sumpah seranah macam2 apa hendak jadi dengan kita jika Allah mustajabkan kata2 mereka.Ya Allah Ya Tuhan kami.Engkau jauhkan kami dari umpatan manusia dan selamatkan kami dari fitnah dalam keikhlasan kami melayan tetamu Mu di bumi yang barakah ini.Amin...

Tuesday, November 25, 2008

Selamat Datang Dhuyuuful Rahman

Selamat datang kepada tetamu - tetamu Allah yang dirahmati Allah sekalian terutamanya saudara mara terdekat yang datang untuk menunaikan kewajipan Ilahi.Dibawah adalah senarai saudara mara yang datang.

Yang Sudah Jumpa
  1. 1.Abg wi(namanya zamri)abg kepada abg pi (Hanafi Bin Yusof)abg angkat aku kat malaysia.Kami telah pergi menyambutnya di Madinah.Abg Wi banyak bawak barang aku dari Malaysia. Sesiapa nak makan ikan kering sira manis sila datang ke rumah kami.Special dia bawak :)
  2. 2.Kak Za (Wan Zarina Wan Mokhtar) isteri kepada Abg Wi.
  3. 3.Ju (Zulkefli)Adik abg Wi.
  4. 4.Kak Nor ( Nor Ayati) isteri Ju.
  5. 5.Abg Isa dan isteri.kawan Abg Roslan Sumari.
  6. 6.Abg Norman Ibrahim dan isteri.Kawan kepada Abg Roslan Sumari.mereka ni 2,3hari ni call tak dapat.Nak ajak mari dumoh tapi tak sampai2 lagi:(
  7. 7.Ayohlong Awang Moksu, Beris.Pak Sepupu aku nih.
  8. 8.Mokwan Limah isteri kepada Ayohlong Awang.
  9. 9.En Burhan kawan ayahanda Khamis.
  10. 10.Ayah Teh Sungai Tong.Tak kenal tapi jadi rapat.Isteri dia yang meninggal baru ni.
  11. 11.Ustaz Hise (Ruhazlisham)kawan kat IMTIAZ Besut.
  12. 12.Kak Zee jiran kat losong.
  13. 13.Pakcik Mat kawan Abg Rol(biras)
  14. 14.pakcik Suhaimin kawan ayah serta isteri dan ibunya.
Yang Belum Jumpa
  1. 1.Kawan Mok nama tak ingat.
  2. 2.Syukeri Ali.
  3. 3.Moksu Robiah.
  4. 4.Ustaz Wahab pengetua Imtiaz.
  5. 5.Ustaz Wan Mazli
  6. 6.Ustaz Kamal Imam Besar Masjid Kg Raja,Besut
  7. 7.Ustaz Fadhli Yusof
  8. 8.Ustaz Mohamad Nor Besar
  9. 9...............................................
  10. 10.dan ramai lagi sampai tak ingat nama mereka.:'(
satu lagi....penghargaan juga buat kawan2 ana(saing2) dan jutaan kemaafan buat mereka sebab jarang balas sms....kadang2 terpaksa 'pau' kredit isteri nk call org...bukan ape,tiap kali top up mesti time tuh jugak habis....hehehe

Terima Kasih

Sebelum aku teruskan cerita about makcik yang hari tu,aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada ust lutfie yang bersusah payah mendapatkan nombor telefon Hospital Shisyah 2hari lepas.Tanpa kecekapan beliau dan sudi mengorbankan waktu tidurnya dapat menolong seorang jemaah haji yang sakit agak tenat.Terima Kasih syeikh.jasamu dikenang:)

Friday, November 21, 2008

Begini Ceritanya

1.16 Nov 2008:
1:39pm:Dapat sms dari Malaysia supaya pergi melawat atok dan neneknya yang baru sampai.SMS tu macam merayu ana kena pergi jugak secepat mungkin.masa tu ana baru balik dari baw jemaah ziarah.letihhhhh.Ana pun call pakcik tu.dari nadanya macam letih lagi.mungkin baru sampai buat umrah.ana pun janji akan pergi ke hotelnya lepas asar nanti tapi dia dengan lemah lembut minta supaya ana datang secepat mungkin kerana isterinya sekarang berada di Hospital Tabung Haji Aziziah.Terkejut kami.Kalau hantar ke Aziziah maknanya kritikal penyakit.Kalua tidak,cukup dirawat di Hospital Hotel atau Syisyah(kalau salah tolong betulkan maklumat ini)

2:30pm:Sampai di hotel ana call pakcik tu.Rupanya dah lama dia tunggu kat luar hotel.Ana dok tunggu kat dalam.Kesian dia.nak dijadikan cerita,masa kami sampai ada seorang wanita duduk kat lobi tiba-tiba datang bersalam dengan kami.Ana dah pesan kat zaujah,kita duduk kat Makkah ni kena mesra,kalau ada orang tiba-tiba tegur kita kena buat-buat kenal walaupun tak pernah mengenali.Ana dah pengalama so cool ajelah.Tapi zaujah ana nampak sangat kekok lagi,siapalah kakak ni tiba-tiba dok mai peluk dia.dalam hati dok gelak dah.hahaha...Rupanya akak ni adalah Kak Zee orang yang bawak kiriman dari Ayah Losong.Barulah kami gelak sama-sama:)

2:45pm:Ana confirmkan dengan doktor makcik tu ada kat Hospital Aziziahh.Kami pun bertolak kesan dengan naik teksi.Ana ingat-ingat lupa dah hospital tu,lalu pakar jalan dalam Makah pun kami hubungi untuk mendapat kepastian.Jika tuan-tuan dan puan ada masalah nak cari tempat dalam Makah ni bolehla hubungi Ust Lutfie dan Wifenya.mereka memang pakar dalam memeta.hehe...

3:00pm:Sampai di hospital pintu tertutup.Ingatkan terkunci tak de orang rupanya memang ditutup atas sebab2 keselamatan.Kami masuk sana kami disambut oleh doktor pakar.Kalau tak silap namanya Doktor Ibarahim.Mesra Doktor tu.Ana tengok makcik tu macam keletihan tapi masih bertenaga.Ana biarkan pakcik tu dengan zaujah dalam sana dan ana dok sembang dengan doktor tu.Dia soal dulu aku(xbestla guna ana)macam polis pulak.Lepas tu dia pun cerita hal keadaan makcik tu.Rupanya dah tenat sangat makcik tu.dia ada ketumbuhan dalam perut yang amat kritikal.Aku yang bodoh ni pun tanya."kanser ke doc dalam perut tu?"
doc tu jawab:"ketumbuhan tu kanserlah".Aku tanya dia kenapa tak bawak dia ke hospital Saudi?Dia cakap dah takde gunanya.Hanya tunggu masa sahaja.Dia pesan pada kami supaya kena selalu melawatnya.itulah hebatnya doktor,dia dah tahu simpton2 orang yang akan pergi jumpa Allah Ta'ala.Sepatutnya ustaz2 perlu lebih tahu hal itu kerana tugasnya lebih penting dari doktor yang merawat kerana perlu mengajar membantu pesakit pulang dengan akidah yang sohih sebagaimana Rasulullah mengajar syahadah kepada Abu Talib.Hal ini aku tak bagitahu pada pakcik tu.tiba2 cucu dia call pakcik tuh.Pakcik tu bagi handphone kat aku supaya bagi kat makcik tuh.makcik tu tak dapat bercakap dengan baik dah.letih sangat kot.Aku pun sembang dengan dia.Rupanya mereka kat Malaysia dah tahu hal ni cuma pakcik ni aje tak tahu makcik tu sakit kanser.Dia minta aku rahsiakan hal ni.

6:00pm:Kami pun balik coz aku ada kelas malam ni pulak dengan hati yang sayu.Terbayang pulak masa aku tinggal Pokwo yang sakit tenat hari tu :'(

besambung...

Al Fatihah Untuk Allahyarham Rokiah Muda

Assalamualaikum W.B.T

Lama tak dapat edit blog.Kekangan masa membataskan waktu untuk mengadap laptop.Ni masih ada saudara mara yang belum dijumpai lagi kerana ada masalah tertentu...:)

Minggu ni menyimpan 1001 sejarah baru kepada kami.Marilah kita hadiahkan al Fatihah untuk jenazah Allahyarham Rokiah Muda yang baru saja pulang ke Rahmatullah pada malam Jumaat yang lepas di hospital Aziziah Makkah al Mukarramah dalam ihram...Al Fatihah

Tuesday, November 11, 2008

Jasamu Tidak Terbalas

Sekalung Penghargaan tidak terhingga kepada semua yang menolong kami di Malaysia sehinggalah kami berdua tinggal di sini Makkah al Mukarramah.Rasanya tanpa pertolongan semua pihak , tidak mungkin kami berada di sini pada hari ini.Hendak membalas dengan wang ringgit@rial kami bukanlah orang kaya yang mempunyai gedung emas , hendak bahagi tanah kami bukanlah hartanah , hendak memberi projek kami bukanlah YB , tapi percayalah kami sentiasa mengdoakan semoga "Orang-orang yang ikhlas menolong kami mendapat payungan rahmat Allah Ta'ala sentiasa dan selama-selamanya di dunia dan akhirat.Dan bunga ini menjadi saksi bahawa kami sentiasa mengingati entum/entunna semua.Jasa entum/na semua tidak terbalas oleh kami.

1.Bersyukur kepada Allah Ta'ala yang masih menyediakan ruang untuk kami datang di bumi yang penuh barakah ini.
2.Mak ayah dan mertua yang sentiasa memberi dorongan kepada kami sama ada moral,doa dan wang ringgit.Kami tidak lupa lembu yang disedekahkan kepada kami masa majlis baru ni.
3.Adik beradik dan ipar-ipar yang banyak membantu kami terutamanya kakcik yang tidak segan dan malu murajaah tiket saudi kami.Jasa entum/na semua tidak terbalas oleh kami dalam menjayakan majlis kahwin kami terutamanya kaklong , kaksiti , kakcik , zele , isyad , syapik&de gang , kakna,kakning,kak ain,abg pu,abang,kakak dan semua sekali.(ruangan pendek sangat sampai tak tertulis)
4.Mak-mak saudara mokcik,chede,che ngoh,che long,mokcik gong badak,mokngoh bukit bading dan kemahang.bapa saudara ayahngoh,ayah cik,ayahlong,pokcik,ayahngoh bukit bading.
5.Semua sanak saudara...
6.Kak Ruslina Mamat atas pertolongan menguruskan visa dan honeymoon baru ni.
7.Abang Roslan.Tanpamu tidak tahu lagi boleh terbang or tak zaujah ana.
8.Chesal dan Ayah Zan yang sentiasa membantu kami dalam kesusahan.
9.Kawan-kawan di Umm Qura yang sudi menumpangkan kami di rumah persatuan baru ni.
10.Mad Chenok dan Husni gagah perkasa serta Hamdi.
11.Ustaz Man bagi pinjam kereta.
12.Abang Rahizam.Banyak menolong nak setup rumah.
13.Abang Ibrahim,Abang Din,Abang Khairul atas hadiah barang-barang ni semua.
14.Abang Khuzaini yang menolong urus peti.
15.Khairul Ipin bagi pinjam peti.
16.Abang Azam yang menjaga peti nih.Ikan kering dalam peti dah kene bedal sikit ni.Jangan marah deh.
17.Baba Saleh dan Mama walaupun dia tidak faham tulisan melayu.
18.Tuan rumah (mama) bagi beras untuk bulan ni.
19.Kapal terbang Saudi yang menyampaikan kami dari KL ke Jedah dan MAS dari Ganu ke KL.
20.Semua pihak yang , menolong kami secara rasmi atau pun tidak contohnya Ust Said di jamiah dan Abdullah Buthi.Maafla kalau tidak sebut nama di sini , bukanlah bermakna kami tidak ingat tetapi kerana ruangan yang dihadkan hanya 20 sahaja di sini.

Saturday, November 8, 2008

Makkah di Landa Hujan Ais

Malam Jumaat yang lepas ana dan zaujah telah menghadiri usrah mingguan keluarga Malaysia di Makkah(mahukan detail sila ke web ust lutfie:www.na5wa.blogspot.com)majlis berakhir dalam pukul 11 lebih.Ust Meor telah menawarkan diri untuk menghantar kami pulang ke rumah,tetapi setelah berbincang dengan Ismah,kami nak ke masjid haram terlebih dahulu kerana baru mendapat sms daripada Chesal keselamatan dan kebahagiaan hidup dunia akhirat.
Terima kasih banyak kami ucapkan kepada ust Meor atas pelawaan enta.Lain kali kami tak tolak,insyaAllah:)...

So kami pun masuklah ke dalam masjidil haram.MasyaAllahtak ramai orang sedang bertawaf.Sempatla kami bergambar di depan kaabah sementara petugas masjid tidak memberikan amaran.Gambar di atas yang sempat ana posing,masa tu guruh berbunyi di langit.



Tidak lama kemudian tiba-tiba kami melihat segerombolan mat2 Bangla datang dengan terburu2 meminta orang ramai beredar dari atas karpet ke dalam masjid.Mereka ana gelarkan 'khadimul haramain' sebenar.Orang Saudi marah ana gelar gituh:)

Dipendekkan cerita hujan pun turun.Kami sempat naik ke atas di dalam ruangan masjid.Tiba2 ana lihat ada pak arab sedang mengutip something di atas lantai masjid.Pelik...so ana pun join sama,rupanya hujan menurunkan ais pada kami:)ais tu lebih kurang 1 ruas jari kelingking ana.agak banyak turun,orang2 india dok kutip dan makan.kami taklah buat gitu...

Dan ana tengok ada arab sedang khusyuk berdoa semasa turun hujan.Satu amalan sunnah Rasulullah dan para sahabat yang langsung tidak dipraktikkan dalam masyarakat kita di Malaysia.Mentang2laa hujan banyak kat sana...Sebenarnya diriwayatkan dalam Sohih Bukhari: Rasulullah SAW telah membacakan doa ketika hujan turun:"Ya Allah turunkanlah kepada kami manfaat..."
Malah dalam riwayat yang lain,panjang doa Rasulullah masa hujan.Ini menunjukkan bahawa semasa hujan turun adalah masa mustajab doa.
Rasulullah pernah bersabda:"Dua waktu diperkenankan doa oleh Allah Ta'ala: Pertama: ketika seruan azan dan kedua: ketika hujan turun."

Sebenarnya kelewatan turunnya hujan atau kemarau mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga Allah Ta'ala hentikan 'sekejap' rahmat dari langit.Antara sebabnya:
1.Adalah sebagai ujian untuk menguji hambanya yang bertaqwa.
2.Sebagai azab kepada hambaNya yang suka melakukan maksiat.
3.......(ana lupa pulak point.bila datang balik ana tulis:)....
now dah ingat:Yang ketiga Allah nak bagi nikmat kepada hambaNya yang soleh.


mula-mula hujan...


cuba meraih rahmat Allah dalam kehujanan...


masih ada saki baki manusia sedang bertawaf
dalam hujan




"Ya Allah,Engkau tambahkankanlah Baitillahilharam
ini kemuliaan,kebesaran,kehebatan,ketinggian..."

Antara sebab turunnya hujan adalah kerana:
1.Doa hamba yang soleh.
2.Doa budak yang baik.
3.Istidraj bagi hamba-Nya('gula-gula' yang diberikan oleh Allah kepada orang yang berbuat maksiat)

Marilah kita bersama-sama mengambil manfaat sempena dengan kedatangan hujan.Kadang -kadang ana tengok orang arab yang jarang terima hujan lebih mentatbiqkan sunnah RAsul SAW.


untungnya berada di baitillah ketika hujan


ieee..sejuknya air hujan



teringat ketika ana kecik2,main air bah kat kampung tiap2 tahun.


abg jomla mandi sama,tak teringin ke?


(ismah berkata)dalamnya air...takutnya...takutnyaaa.....

ismah dah tak jakun ngarong air..hehe


air laju di jalanan
(sistem perparitan di Saudi agak lemah)

Friday, November 7, 2008

Siapakah Obama Sebenarnya

ini artikel ana curi hok orang jgk.nk kongsi

tapi ana tak tahu sejauh mana kebenaran tulisan ini.semoga kita makin bijak menilai sesuatu tanpa terlalu gelojoh untuk menganggap sesuatu itu benar dan sohih...:)

1.Bertrillion2 dollar wang drpd beberapa company Yahudi yg telah "di istiharkan bangkrap" oleh kaum Yahudi seperti Lehman Bro, Merilynch, AIG, Rothschild di Eropah, Australia dll telah dipindahkan ke Afrika untuk digunakan kaum Yahudi bagi membeli tanah2 terutamanya di Afrika Barat, Tengah dan Selatan. Inilah projek Star Wars yang sebenar projek terbaru kaum Yahudi setelah berjaya menawan benua Amerika Sykt dan menukarnya kepada sebuah negara Yahudi pada abad yang lepas dan New York sebagai Jerusalem Baru. Bukan Israel sebuah negara Yahudi spt yg diwar-warkan tapi Amerikalah sebenarnya The David State atau Negara Musa atau Judea State yg diimpikan oleh org Yahudi di mana semua bangsa Yahudi bebas dan selamat dari penindasan bangsa eropah atau orang Islam.

2.Skrg projek terbaru Yahudi atau projek "Star Wars" ialah projek bagi menawan bumi Afrika pula sebab depa cukup takut dengan perkembangan Islam yang cukup pesat di Afrika hasil dari dakwah2 pertubuhan2 Islam dari seluruh dunia terutamanya dari Iran. Dilaporkan 40% drpd penduduk kulit hitam benua Afrika sudah memeluk Islam dan kaum Yahudi mesti menawan benua itu seberapa segera sebelum Afrika menjadi sebuah benua Islam akhir abad ke-21 ini.

3.Dilaporkan kaum Yahudi telah membeli berjuta2 hektar tanah2 di Afrika Barat, Tengah dan Selatan dengan menjadikannya ladang2 di mana kaum kulit hitam telah menjadi buruh mereka satu bentuk perhambaan bentuk baru di bumi sendiri. Sebab itu kalau kita tengok filem National Geograpic apa yg kita nampak dari filem2 tersebut?Hanya kisah binatang2 spt harimau, gajah, singa2 dan tanah2 kosong. Kenapa filem National Geographic hanya menggambarkan Afrika sebuah benua kosong padahal yg sebenarnya Afrika didiami manusia. Ini kerana Yahudi hendak mengaburi mata dunia yg kononnya benua Afrika kosong tiada penduduk dan dalam senyap2 Yahudi membeli tanah2 di situ utk menghalang Islam berkembang di sana. Bukan itu sahaja kaum Yahudi dari seluruh dunia yg berjumlah tidak kurang dari 150-300 juta org akan dipindahkan ke Afrika melalui projek yg dinamakan "Star Wars" di Afrika.

4.Taburan kaum Yahudi sgt byk diseluruh dunia dgn di Indonesia (10 juta org), India (50 juta org), Amerika (100 juta orang), Eropah (5 juta orang) dan lain2 akan dipindahkan ke Afrika terutamanya Yahudi dari Asia.

5.Bukan itu saja kaum Yahudi juga giat melakukan penghapusan etnik kulit hitam di Afrika dengan melaga2kan dan mengadu-dombakan suku2 kaum di sana. Cthnya perang kaum antara Tutsi dan Hutu di mana kaum Yahudi memberikan kedua2 kaum ini senjata2 api dengan menukarnya dengan intan berlian dan emas drpd kaum kulit hitam. Berjuta2 kaum kulit hitam mati dlm perang kaum ini. Begitu jugak kaum Yahudi sedang mencipta perang etnik baru di Afrika utk menghapuskan penduduk2 Afrika supaya tanah di Afrika kosong utk dibeli oleh kaum Yahudi.

6.Kaum Yahudi sangat berdendam dgn kaum Kristian kulit putih Eropah yg telah menindas dan membunuh mereka selama beribu2 tahun cthnya membuang pemuda2 Yahudi ke dalam kandang2 singa di Rom dulu. Jadi kaum Yahudi telah membuat bom Nuklear di Damona, Padang Pasir Negev, Israel. Mordechai Vanunu, juruteknik pusat Nuklear itu sgt terkejut apabila melihat nuklear2 warhead Israel menghala ke Eropah dan Russia bukannya ke negara2 Islam. Rupa2nya kaum Yahudi hendak membalas dendam kepada kaum Eropah yg menindas dan menghalau mereka dari Eropah beribu2 tahun lamanya. Apabila Israel menembak nuklearnya ke Eropah, Eropah akan membalas balik ke Israel dan negara2 Islam tetapi pada masa itu semua kaum Yahudi sudah berpindah ke benua baru mereka iaitu Afrika. Kaum Yahudi akan menjadi Raja Dunia sekiranya kerana mereka telah menawan dua Benua iaitu Amerika dan Afrika dgn menguasai laluan laut, ekonomi dan hasil2 galian di sana. Beribu2 Yahudi Falasha kulit hitam telah dihantar ke Israel utk berkursus dan akan dihantar balik ke Afrika utk melakukan sabotaj di sana.

7.Dan kerja mereka utk menawan dan membeli tanah2 di Afrika akan menjadi lebih mudah apabila Obama seorang kulit hitam menjadi presiden Amerika yg baru.

8.Kaum Yahudi berjaya menipu dunia dengan mitos Holocaust kononnya berjuta2 kaum Yahudi dibunuh oleh Nazi tapi sebenarnya perang dunia I dan II dan Holocaust dicipta untuk menutup konspirasi Yahudi yg menyeludupkan hampir 20 juta org Yahudi Eropah dan Russia ke Amerika Syarikat dan Israel supaya mereka dpt menguasai pentadbiran dan bidang2 strategik di Amerika seperti ekonomi, militer, inteligen, politik, sosial dll dengan itu melalui Amerika kaum Yahudi dapat menguasai dunia. Untuk mencipta perang dunia I dan II maka kaum Yahudi Merah di New York telah mencipta ideologi komunis, fasis dan demokrasi melalui yahudi2 Karl Marx, Lenin, Stalin, Engels, Hitler, Churchills utk melaga2kan Britain, Jerman dan Russia yg menyebabkan 100 juta kulit putih mati.

Wednesday, November 5, 2008

Obama,mampukah kau membawa perubahan?

Alhamdulillah secara peribadinya ana menyambut baik kemenangan Obama.sebelum ni pun ana ada doakan untuk kejayaannya.Bukan kerana ana ta'asub dia sebagai orang kulit hitam tetapi ana doakan dia dapat meruntuhkan rejim zalim lagi jahat kerajaan Bush yang maha dahsyat zalimnya.Kita tengok bagaimana sepanjang dia menguasai rumah putih , berapa banyak negara Islam dicerobohinya,berapa ramai isteri menjadi janda dan anak jadi yatim piatu,wanita hilang kehormatan di tangan askar jahat kuffar la'anahum Allah...
so,bagi ana apa sahaja usaha yang boleh menjatuhkan kedudukannya untuk terus menzalimi Islam haruslah kita sokong.Kita tak mampu nak menyokong,melobi atau mengundi untuknya tapi cukup kita doakan Bush dan sekutunya Mccain tidak lagi berkuasa.Kita doakan semoga Obama tidak membawa fikrah Bush dalam pemerintahannya akan datang.

Berbalik semula pada obama, kemenangan besarnya memang sudah di jangka. Dengan pelbagai strategi dan pelan tindakan yang utuh, tiada siapa yang boleh persoalkan kemenangan besar presiden kulit hitam pertama Amerika yang bakal menduduki Rumah Putih Januari depan.

Setiap langkah, kata-kata dan pikiran senator yang dulu di label sebagai masih mentah menggamit sokongan dan imiginasi ramai - sehingga mengalir sokongan dari mereka yang tidak layak mengundi (baca: warga dunia yang dahagakan Amerika yang baru).Setiap lapisan masyarakat "di sentuh".

Yang tua menaruh harapan baru buat Amerika yang sedang lemas dalam krisis ekonomi dan entah apa lagi di depan. Yang muda percaya aspirasi kepimpinan yang mendengari dhamir dan suara rakyat.

Kini bukan masanya memperkatakan betapa jayanya strategi Obama dalam mengemudi kempen hingga ke Rumah Putih. Ya, Obama dan orang-orangnya memang hebat.

Engagement
, media, kepetahan dan percaya diri memberi nafas baru buat yang punya aspirasi melonjak diri.

Tapi analisa sebegini biarlah ada limitnya.

Kini masa bekerja. Ummat dan dunia harus melihat apakah harapan dan imiginasi Presiden kulit hitam pertama Amerika boleh mengemudi dunia ke arah yang lebih baik. Dunia yang lebih aman. Ekonomi mapan yang menguntungkan bukan saja puak pemodal. Dan yang lebih utama, polisi "polis dunia" harus segera d tamatkan.

Semua negara di dunia, negara berdaulat. Punya maruah dan bisa mengemudi diri dengan acuan tersendiri. Bukan acuan "siapa yang lebih kuat".

Di sebalik segala pengajaran dan harapan, dunia harus di tangani dengan realiti. Ianya tidak secantik persembahan realiti TV.

Umum harus sedar, Amerika bukan bergerak atas desakan dan kehendak seorang individu. Ianya suatu institusi kepimpinan yang punya sejarah tersendiri. Ianya tamaddun yang berusia beratus tahun.

Apalagi bakal Presiden baru ini bakal mewarisi hutang yang mencecah USD1 trillion dan pelbagai masalah yang d cipta rejim lalu. Memungkinkan tekanan dan desakan, bisa merubah aspirasi dan prioriti awal.

Namun, dengan penuh harapan, ummat menyambut kemenangan Obama - yang mahu meletakkan imej baru Amerika.

Ummat harus terus memerhati, agar yang baru ini terarah dengan janji dan aspirasi sewaktu kempen yang lalu.

Jangan seperti pimpinan Hadhari. Imej "bersih" menggamit pelbagai harapan. Harapan bertukar menjadi mimpi ngeri yang tak kesudahan. Dari harapan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang - menjadi cercaan dan cacian, hatta dari mereka yang dulu menyokong!

Kita mendengar ucapan sulongnya cukup bermakna semalam di mana semua wilayah mendapat tempat dalam pemerintahannya tanpa ada pilih kasih.Dia tu orang non muslim tetapi boleh mengeluarkan kenyataan begitu.Kita pelik dengan 'orang yang mengaku Islam' tetapi bila wilayah yang tidak memberi kemenangan padanya dipinggirkan.bukan setakat dipinggir malah ditekan dengan pelbagai cara untuk tidak terus maju.

Kita doakan pemimpin2 kita dapat menjadikan Rasulullah sebagai tauladan dan Obama menjadi pengajaran semasa bagi kita semua.




Saturday, November 1, 2008

Ahmad Said MB terengganu Pertahan Arahan

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mempertahankan keputusannya mahu menggugurkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad daripada barisan Exco atas alasan anak buahnya itu mengingkari arahannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata, beliau berhak menggugurkan Ahli Exco terbabit kerana ia terletak di bawah bidang kuasanya walaupun tindakan Yahya bertanding jawatan Ketua Umno bahagian Marang menewaskan penyandang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar pada pemilihan 25 Oktober lalu tidak melanggar disiplin parti.

"Saya kira apa (kehendak peringkat akar umbi)? Kehendak saya dia kena ikut juga. Saya menteri besar dan ada hak terhadap Exco saya...saya yang lantik. Hak bahagian melantik ketua bahagian, hak saya melantik Exco.

"Dua keadaan berbeza. Dia tak langgar disiplin parti, tapi langgar arahan saya,"

"Saya mengarahkan semua Exco supaya tidak terbabit dalam pertandingan jawatan utama peringkat bahagian sebelum pertandingan peringkat cawangan lagi kerana saya minta mereka beri tumpuan kepada jawatan dalam kerajaan dan biar orang lain pegang jawatan ketua bahagian, kecuali jika dia memang dah ketua bahagian. Itu arahan saya jelas,"

Kenangan di MasjidilHaram

ni depan masjidharam.takut nak ambil kat dalam


Semalam kami telah mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah umrah. Terasa rugi andai tidak mengambil kesempatan sementara orang tak ramai tawaf Baitillahil Haram. Lagipun alang2 dah kena sembelih kambing baik balong btl2 umrah pada bulan2 haji ni(miqat zamani:syawal.zulkaedah dan 10hari zulhijjah)
so kami tahun ni telah berniat untuk menunaikan haji.Oleh sebab kami telah masukke Tanah Haram pd bulan2 haji maka kami tak boleh lari dari dikenakan dam.Kalau tak tunaikan umrah masa datang baru ni tetap kena bayar dam kerana tinggal miqat andai kata ada dalam hatiya nak tunaikan haji,tapi boleh tunaikan haji ifrad.kalau kami buat umrah baru ni kami tetap kene dam coz melakukan umrah di musim haji.so jadilah haji kami haji tamatu'.
maka timbul persoalan disini kenapa kami tak memilih afdhaliah haji ifrad sebagai haji yg paling afdhal???
sebelum ana menjawab persoalan ini suka ana menyebut terlebih dahulu bahawa haji ni ada 3macam atau jenis atau ada 3pilihan yg mana satu boleh kita pilih.

1.haji ifrad.haji ifrad ialah kita niat haji sahaja di bulan2 haji tanpa niat umrah(lakukan umrah) dlm tempoh tersebut atau niat haji bersama dgn umrah.contohnya kita datang dari malaysia kita berniat ihram atas kapal terbang untuk melakukan ibadah haji sahaja dan umrah selepasnya.jadi dia masuk makah terus tawaf qudum dan selepas itu bolehla nak bersaii haji.
kalau sesiapa yg dah ada dlm Makah sebelum 1Syawal dgn tidak melakukan umrah dlm miqat zamani maka bolehla dia menunaikan haji ifrad.
Hukum:haji ifrad ini ditarjihkan oleh Imam Malik dan Imam Syafie sebagai haji yg paling afdhal untuk dilakukan. Baba Wan Nik pernah menyebut kepada kami bahawa syarat untuk menjadikan haji ifrad paling afdhal hendaklah dilakukan umrah selepas daripada haji sebelum masuk tahun yang baru. Jika tidak, ia tidak menjadi haji yang paling afdhal.

2.Haji Tamattu':haji tamattu' sebagaimana didefinisikan oleh Syeikh Said Basyanfar,pengarang kitab "al-Mughni fi Fiqhi al hajj wa al umrah" ialah berihram umrah pada bulan-bulan haji kemudian bertahallul dengan umrah tersebut dan menunaikan haji pada tahun itu tanpa pulang ke tempat asal dengan berniat ihram haji di Makkah.Maka, dia telah mengumpulkan ibadat haji dan umrah dalam satu perjalanan sahaja. Dinamakan tamattu' kerana 'bersenang-lenang' dengan larangan ihram di antara haji dan umrah. Maka diwajibkan ke atasnya dam...
Hukum:Ditarjihkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai haji yang paling afdhal.

3.Haji Qiran: menurut kitab yang sama,berniat ihram untuk melakukan haji dan umrah bersama-sama dalam satu ibadat. Nak dimudahkan cerita,niat nk wak haji nanti,niat umrah bersama.So,haji dan umrah itu terangkat dengan satu tawaf dan satu saii. Faham dopppp???kalau tak faham boleh call ana:)
Hukum:Ditarjihkan oleh Imam Abu Hanifah,Sufyan As-Thauri dan Al-Muzani sebagai haji paling afdhal.

Jadi di sini, terjawab sudah persoalan kenapa kami ingin melakukan haji tamattu'.dan ingin ana tekankan di sini bahawa persoalan haji mana yang lebih afdhal tidak menjadi priority utama kerana ia adalah khilaf ulama besar dan tidak menjadi kesalahan untuk kita memilih yang mana satu.Bahkan yang utama niat untuk mendapatkan haji mabrur dan penghayatan ibadat haji serta umrah adalah lebih penting .Kadang-kadang ada orang heboh satu dunia kononnya dia dapat melakukan haji yang paling afdhal(ifrad atau tamattu' atau qiran) pada haji akbar contohnya tapi sayang, haji tersebut tidak memberi erti padanya sama ada mengubah syakhsiyahnya kepada yang lebih baik dan menambahkan ibadatnya. ini mungkin kerana kurangnya penghayatan ibadat haji tersebut.

So kesimpulannya, haji mana yang lebih afdhal atau hari apa kita wuquf bukan syarat utama haji tersebut diterima oelh Allah SWT.Ya Allah Ya Tuhan kami,terimalah ibadat haji dan umrah kami sebagai ibadat haji mabrur..Amin!!

Wednesday, October 29, 2008

sambungan hari tu...

kami dok di rumah persatuan buat sementara waktu coz rumah sewa tak setup lg.terima kasih banyak2 kepada ahli2 PPM kerana sudi menumpangkan ana terutamanya kpd YDP PPM ust khairudin.jasa antum dikenang.

Tak berapa lama kemudian mad chenok yg berasal dari chenok thailand call ana wish kedatangan kami dan bertanya tentang guana nak setup rumah dan dia sedia utk memberi pertolongan.dia bimbang kalau ana gi sorang kat haraj akan ditipu oleh sang bangla kat sana.so dia telah memberi mau'id iaitu 2hari kemudian kerana dlm masa terdekat dia terlalu sibuk.jadual dia telah penuh.itulah mad chenok,masanya sentiasa terisi.kalau tak sibuk pasti dia akan datang ke PPM coz ada something yg menjadi igauannya andai ada waktu terluang(kene tanya dia lah ape ada kat sana)...

so dlm masa 2hari tuh zaujah ana kurang sihat,mungkin kerana cuaca yg berbeza dgn malaysia dan jordan...kami hanya sempat pergi 'iktikaf di masjid haram sebelum subuh dan selepasnya.lepas asar aje dah start mengantuk tahap kritikal.so 3jemputan majlis raya terpaksa kami tolak kerana masalah yg tak dapat dielakkan kerana pertukaran waktu tidur.terima kasih diucapkan kpd ust khuz,ust hakim dan hj arsyad atas jemputan.maaf tak dapat hadir.:(

sampai waktu yg dijanjikan dgn mad chenok kami pun pergi ke haraj menyewa kereta husni adik kpd hamdi(sewa dgn driver)...so ana pakai baju biasa ajer dan mad chenok seperti biasa pakaian machonya berjubah dan berkasut mcm arab kat sini.

sampai ajer dia terus bawak kat kedai apa yg kami perlukan.kedai katil dan tilam,dapur,alat2 rumah.so kami survey dgn dikepalai mad chenok.memang betul,kalu dia xde confirm kami kene tipu,begitu fasih dia berdialog dgn bangla2 yg jual kat situ.memang tak boleh ditipu.

setelah puas meronda,kami dah bersetuju utk beli tilam,dapur gas,tong gas dan karpet.tu aje yg berkenan.dan kami sewa kereta pick up(kambing) utk bawak ke rumah yg terletak di ri' zaakhir.sampai di rumah bermula satu masalah.siapa nk bawak barang2 ni naik atas tingkat 5 nun di langit???cari2 bangla xde.atas nasihat mad chenok,dia bersetuju utk menolong bawak naik atas.dan kami berdua sungguh ta'ajub dgn kegagahan mad chenok mengangkat barang.tenaga dia sorang menyamai kami 3orang(termasuk husni).husni yg berbadan 2kali ganda lebih besar dr dia pon tak mampu menyaingi kekuatan dia.semua orang dah tercungap2 sampai tingkat 5 dia masih cool bertenaga.tak tahulah dia makan gapo sampai blh jd incredible gituh.kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih banyak2 pada mad chenok dan husni yg banyak menolong kami di sini.ada masa kekgi kami ingin mengundang entum kami ke sini...

malam tu kami balik menumpang di rumah PPM lg.
pagi esoknya,ust man telefon kami menawarkan keretanya utk kegunaan kami coz dia nak pergi yanbu' berbulan madu dgn keluarga.so asalnya kami nak sewa kereta nak angkut barang dari sakan ke rumah tak jadi dan guna kereta man ajolah:)

petang tuh ana pun bawak baju dan periuk dan printer serta barang yg bawak malaya.kitab2 kat sakan tak angkut lg coz tak larat nak angkat.sampai hari ni tak tengok lg kitab tu ape jadi kt sana:(harap2 xde ape yg terjadi.maklumla tumpang tempat org...doakan kitab2 ana tu selamat kat sana.bkn xboh angkut lg tp ana nak angkut terus kargo ke malaysia dlm masa terdekat nih.kalau ada sapo2 ada lebih duit atau zakat bolehla salurkan sedikit pada ana nak pos kitab nih.bajet tak cukup lg nih nk kargo(sedih nih)huhuh...

so,terima kasih byk2 pd ust man kerana bg pinjam kereta.sebelum gi rumah br kami,kami singgah dulu pasaraya noori beli ape yg patut dan alat2 dapur.ingat tak banyak habis,lari jgk bajet situ.tapi tak pe coz tu adalah aset.zaujah mcm tak puas hati ada perkakas rumah yg dia nak tak dapat lg.maklumla masa tu kad bank tertinggal kat malaysia,mujur ust din bawak mari sinih.tulah peel maknga tak habis2 lagi...

alhamdulillah kami berdua berjaya mengangkut barang dr bawah sampai atas,cari sodiq tak jumpa nak upah:(dan kereta man selamat parking dpn rumah.keletihan...solat dan tidur.....

esoknya abg rahizam call nak datang ziarah rumah coz ada barang sikit nak bagi hasil peninggalan abg din dan abg ibrahim yg berpindah.terima kasih byk2 atas sumbangan entum,semoga Allah saja membalasnya.dan dia pun ajak dgn keretanya cari apa yg patut lg tak selesai.sebelum tu kami pergi ke haram nak ambil air zam2,tengok org terlalu ramai dok beratur so kami ambil keputusan beli aje air tuh kat tepi jalan...

lepas tuh kami pergi cari sinki.rumah tu tanpa sinki rupanya.asalnya kami nak pakai besen aje tp atas nasihat mereka berdua elok cari sinki jgk.hehehe...dah tak larat nak nulis.lain kali la pulak...letih wak umrah hari nih.

oh,ya..tadi ana tepon mak kat rumah,mak ana mintok saing2 yg dok makah dok makah yg mustajab doa supaya berdoa utk mok sedara ana...kesian dia,baru nih baru jer kematian suami pahtu pg td dia dok rumah ana dok sembang2.balik rumah tengah hari tgk rumah dah berkubang hanya(bahsa besut nih) dlm rumahnya.duit dlm celen(tabung)bawah bantal,celah2 kain dlm almari dah hilang.doala semoga Allah ganti yg lebih baik utk dia.kesian dia.alfatihah utk suaminya Allahyarham abd aziz...

Tuesday, October 28, 2008

Ayat - Ayat Syifa'

MANZIL mengandungi himpunan beberapa ayat al-Quran
yang telah diajar oleh rASULULLAH saw kepada para
sahabat sebagai syifa' (penawar dan ubat) dari
berbagai jenis penyakit rohani dan jasmani serta
sebagai pelindung daripada sihir.
Ubai bin Ka'ab meriwayatkan : Sewaktu bersama
Rasulullah saw, saya mempunyai seorang saudara yang
ditimpa penyakit. penyakit apa? "tanya Rasulullah
saw."Sejenis penyakit gila" menjawab orang tersebut.
Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudaranya.
Kemudian baginda membaca ;
1)surah al-Fatihah
2)5 ayat pertama surah al-Baqarah
3)ayat 163 (al-Baqarah)
4)ayat 255-257 (al-baqarah)
5)ayat 284-286(al-baqarah)
6)ayat 18 (al-imran)
7)ayat 26-27 (al-imran)
8)ayat 54-56 (al-A'raf)
9)ayat 110-111 (surah al-isra')
10) ayat 115-118 (surah al-mu'minun)
11) ayat 1-11(surah al-saffat)
12) ayat 33-40(al-rahman)
13) ayat 21-24(al-hasyr)
14) awal surah aljin sampai ayat 4
15) surah al-kafirun
16) surah al-ikhlas
17) surah al-falaq
18) surah al-nas
selepas itu, orang yang berpenyakit itu bangun dan
pergi dari situ, penyakit yang dideritainya hilang.
(Kanz.jilid 1/muka surat 212)(H:40)

CARA-CARA MENGGUNAKAN MANZIL:
1. Pesakit sendiri membaca ayat tersebut
2. orang lain membacakan ayat tersebut dan
menghembus ayat-ayat tadi ke dalam air dan diminum
oleh pesakit
3. untuk menghembus, niatkan bahawa kita menghembus
ayat-ayat yang kita baca tadi ke dalam air dan barulah
air tadi digunakan sebagai tujuan rawatan
4. air tadi boleh dugunakan untuk minum dan mandi
5. Manzil boleh diamalkan selepas solat subuh dan
asar
6. Dalam keadaan terdesak, boleh dibaca bila-bila
masa..

Monday, October 20, 2008

Konspirasi Dr. Mahathir & Yahudi

Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

  1. 1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.
  2. 10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
  3. 1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.
  4. 1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.
  5. 6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.
  6. Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.
  7. 6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.
  8. 16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.
  9. 17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".
  10. 13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."
  11. Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.
  12. Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.
  13. 21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.
  14. Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.
  15. 1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.
  16. September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

Alhamdulillah Dah Selamat Sampai

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kami dah selamat sampai di Makkah pada 12 oktober baru ni bersamaan dgn 13 syawal sini 12 syawal malaysia.kalau tak silap saudi raya awal sehari.

sampai di jedah pukul 9malam.alhamdulillah sampai di airpot jedah kami isi borang masuk.dan jumpa seorang wanita malaysia yang datang ke saudi nak kerja nurse.alhamdulillah urusan imigresen Allah mudahkan semuanya.masuk step kedua tunggu bagasi.alhamdulillah barang kargo dari KL sampai semua.tiba2 barang dari airpot ganu tak sampai2:(
terus pergi buat report barang hilang.dia cakap kene tunggu 2,3hari.tapi hari nih dah seminggu lebih tak sampai2 lg.dia minta kami gi cari sendiri.aduila pening betul.kita plk kene gi cari.minta semua teman2 doakan kami.40kg barang2 tu semua.
kemudian kami pun gi cari taxi,alhamdulillah dapat naik ford victoria RS100 sampai aziziah.kami tumpang rumah pelajar kejap coz rumah yg kami sewa di Rii' Zakhir tak setup lg.

kami rehat kejap kat situ terus pergi selesaikan Umrah...
"Ya Allah,Alhamdulillah Allah sampaikan kami ke sini menjadi tetamuNya.rasa sebak sangat hamba yg hina ini masih dijemput oleh Allah Ta'ala untuk menziarahi rumahNYa yg Mulia.orang tawaf tak ramai sgt.tak sampai setengah jam dah selesai.kemudian kami selesaikan saii dan tahlul.sebelum tu kami dok sembang doh dgn driver taxi solat isya' dan subuh pukul berapa.dia cakap subuh kul 4 pagi.masa dok saii azan subuh.terkejut jgk coz masjid haram tak azan pertama.so kami cepat2 saii.

selesai saii dok tunggu solat tak iqamah sampai sudah.dah confirm driver tu silap,tak tau la driver td solat subuh gapo pukul 4 pagi.subuh sebenarnya pukul5.

lepas subuh perut berkeroncong so pergi cari makan...niat di hati nak makan kaki kambing.tapi tak bgtau kat zaujah coz dia dok suka.tp setahu ana kawasan misfalah takdok jual maqadim(kaki kambing).pahtu waktu subuh2 gini mana ada jual nasi.tp doa jg biar jumpa nasi coz masa tu dah pukul 11 pagi malaysia.alhamdulillah berkat doa di makah ni kami jumpa maqadim dan nasi.so,sapo2 nak makan maqadim,kene jumpa ana la nk tau kat mana kedai dan kene belanja kami.hehehe...
bersambung...

Tuesday, August 26, 2008

Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna

INTRO
Jatuhnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 merupakan satu tamparan hebat terhadap setiap individu Muslim yang cinta kepada agamaNya. Sejak dari saat itu, Islam telah diinjak-injak dan dihina serendah-rendahnya. Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la’natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam. Pemikiran dan budaya Barat diagung-agungkan. Al-Qur’an dan as-Sunnah dilekeh-lekehkan. Pemerintahan negara-negara Islam pula diwariskan oleh penjajah kuffar kepada anak-anak didik mereka yang telah kosong roh Islamnya dan boleh diharap untuk meneruskan dasar-dasar penjajah. Hasilnya, tiada satu inci muka bumi Allah SWT pun sekarang ini yang terlaksana di dalamnya syari’at Allah SWT yang Maha Sempurna, yang tidak perlu diragukan lagi sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan semasa.
Namun Allah SWT tetap menepati janjiNya yang Maha Benar. Allah SWT telah menjanjikan menerusi lidah RasulNya, akan muncul setiap 100 tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaranNya dan menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para Sahabat. Umat Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin, dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan Ma’thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir. Al-Banna telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini. Meskipun umat Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain.
Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda’wah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah… Kini dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke 21, yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini dikuasai Yahudi la’natullah.

LATAR BELAKANG
Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir. Ayahnya, Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur’an di masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya.

bersambung...

Sunday, August 24, 2008

Boleh ke DS Anuar Ibrahim Menang?

UMNO akan menang jika perkara di bawah ini gagal dilaku atau dikekang atau diatasi oleh Pakatan Rakyat.
  1. Jika sekiranya daftar pemilih di bangsal barong dan di bilik mengundi tiba-tiba berbeza. Ini boleh sahaja berlaku !
  2. Jika sekiranya mereka berjaya memasukkan pengundi hantu mynmar (?), siam (?), cina (?), ahli-ahli UMNO/BN dari negeri-negeri lain (?), SB (?) dan lain-lain dengan ramainya ke bilik-bilik mengundi.
  3. Jika pengundi yang menaiki bas di bawa ke Balai-balai Polis dan kemudian dibawa keluar dari Balai-balai Polis ke tempat mengundi oleh berpuluh-puluh kereta mewah dan mungkin kereta-kereta VIP dan VVIP.
  4. Jika sekiranya pihak polis menangkap petugas-petugas PR yang cuba menghalang mereka yang disyakki pengundi hantu.
  5. Jika sekiranya polling agent PR tidak cekap dan tidak tegas.
  6. Jika sekiranya counting agent PR tidak mengambil borang 14 yang disahkan oleh Ketua tempat mengundi, ditempat-tempat pengundian setelah tamat tempoh pengundian, penipuan akan berlaku bila-bila masa sahaja kerana UMNO ialah United ‘Menipu, Merasuah, Menindas, Meliwat, Muka tak malu (dan macam-macam lagilah) National Organisation’
  7. Jika sekiranya ada gerombolan-gerombolan jahat putera dan puteri UMNO/BN yang menghuni rumah pengundi-pengundi dan menghalang pengundi keluar mengundi dengan berbagai-bagai alasan dan alasan yang paling ampuh ialah “jangan keluar mengundi-akan berlaku rusuhan !”
  8. Jika pihak-pihak jahat yang semua orang tahu itu, mengambil dan menyimpan kad-kad pengenalan pengundi pengundi tidak akan dapat keluar mengundi.
  9. Jika petugas-petugas PR tidak ikut semasa peti undi dibawa keluar.
  10. Jika berjaya di bawa masuk peti-peti undi yang bukan dari pusat-pusat mengundi. Sebagai langkah pengawasan, beri perhatian kenderaan-kenderaan yang keluar dari bilik Pengarah Piliharaya, Balai-balai Polis, Bilik mesyuarat gerakan daerah dan sebagainya.
  11. Jika sekiranya dirasuah wang kepada pengundi-pengundi khususnya pengundi wanita dan pengundi tua di dalam kenderaan pengangkutan mereka.
  12. Jika sekiranya wang rasuah yang agak besar nilainya mampu dihantar kepada pengundi-pengundi di rumah pada waktu tengah malam dan awal pagi hari pengundian.
  13. Jika sekiranya tempoh pengundian dilanjutkan oleh SPR tanpa alasan yang munasabah.
  14. Jika diumum calon BN menang walaupun kiraan undi calon Pakatan Rakyat yang menang. Pengurus Pilihanraya boleh buat tersasul umum tetapi dia tidak perbetulkan.
  15. Jika sekiranya dilambatkan kiraan hingga ke waktu malam kemudian akan berlaku ‘blackout’. Pihak PR mesti sediakan ‘mobile spot light’ yang banyak.
  16. Dan jika mereka ada ruang untuk melakukan berbagai-bagai lagi penipuan atau tindakan dengan sewang-wenangnya. ! Berhati-hatilah setiap saat kerana kempen-kempen yang mereka lakukan hanyalah wayang gambar sahaja. Sudah pasti ada perancangan lain yang akan mereka lakukan. Perancangan mereka kadang-kadang tidak terfikir atau dirasakan tidak tergamak oleh akal kita. Contohnya, dulu rakyat tak tahu tapi hari ini semua rakyat tahu apa itu C4. Fuuh…bahaya !!

Anwar Ibrahim hanya akan menang jika, Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh dikendalikan oleh SPR dengan penuh keadilan, berintegriti ATAU pihak Anwar Ibrahim mampu mematahkan helah licik dan jahat UMNO/BN (dan proxy-proxynya) yang disenarai di atas.


**pesanan
1.
AWAS TAKTIK TERBARU IALAH MEMBELI IC SEMASA DALAM KENDERAAN YG DITUGASKAN UTK MENGANGKUT PENGUNDI-PENGUNDI.....JGN SESEKALI MENAIKI KENDERAAN YG DISEDIAKAN OLEH UMNO/BN.ADALAH DIHARAP SGT-SGT POOLING DAN COUNTER AJEN BETUL-BETUL YG MAHIR DAN TEGAS......SELAMAT BERJUANG WAHAI RAKYAT P.PAUH.
2.AMANAT DSAI KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH....PERJUANGAN SAYA BUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI SELURUH HIDUP SAYA KORBAN UNTUK MASA DEPAN NEGARA YG ADIL,BERSIH DAN AGIHAN EKONOMI SAMARATA KEPADA RAKYAT

Saturday, August 9, 2008

Ya Allah,Berkatilah Perkahwinan Kami di Dunia dan di Akhirat

Hari bahagia semasa di rumah besut.

Tuhan! Kami Rindukan Naungan Wahyumu

Menentukan pendirian di zaman yang penuh kekeliruan dan pancaroba ini adalah sesuatu yang amat sukar. Banyak perkara yang beritanya itu begitu banyak, tetapi untuk memastikan yang benar mengenainya bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi barangkali zaman kita ini zaman kekeliruan dan kemunculan begitu ramai ruwaibidoh.

Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan asnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Zaman ini mungkin, jika umat tidak berhati-hati maka ramai pengkhianat diangkat sebagai hero atau pembela masyarakat. Ramai pula yang jujur dan bercakap benar, dianggap sebagai pembohong dan pendusta. Ramai pula yang tidak amanah ditabalkan dengan berbagai-bagai gelaran kemuliaan. Sementara yang amanah dan jujur akan dipinggirkan. Hanya mereka yang memiliki jiwa yang luhur yang mampu membuat keputusan yang benar.

Justeru, Nabi SAW mengajar doa yang baik untuk diamalkan, terutama bagi kita pada zaman seperti ini, antaranya: Daripada Umm Salamah, katanya: Nabi tidak pernah keluar dari rumahnya sama sekali melainkan baginda mengangkat matanya ke langit dan bersabda: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada aku sesat atau disesatkan, gelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi, bodoh atau aku diperbodohkan” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Baginda menunjukkan kepada kita contoh dan peringatan yang baik. Betapa hidup ini jika tidak dengan bimbingan Allah, nescaya manusia akan tersesat jalan. Mungkin seseorang insan akan tersesat atau dia disesatkan oleh orang lain. Atau sendiri tergelincir dari jalan kebenaran, atau digelincirkan oleh orang lain. Mungkin juga dia menzalimi orang, atau orang lain menzaliminya. Atau dia bertindak secara bodoh atau orang lain menyebabkan dia menjadi bodoh. Ya! Rabb, hanya Engkau mampu melindungi.

Pada zaman ini, pelbagai berita datang dari bermacam penjuru. Bagaikan kilat, bahkan mungkin lebih pantas daripada kilat. Kemudahan teknologi telah bertukar menjadi kesusahan kehidupan yang mencetuskan segala rasa ketidaktenteraman, keraguan, kekacauan maklumat dan fitnah. Sehingga kita kadang-kala tidak dapat lagi membezakan antara yang benar dan yang salah. Tidak dapat membezakan lagi antara berita fasik atau berita soleh atau berita lagha (sia-sia).

Jika al-Quran mengajar kita: (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.(Surah al-Hujurat ayat 6).

Malangnya kita pula berada pada zaman yang walaupun era teknologi tetapi penggunanya sukar untuk dibezakan antara yang soleh dan fasik. Ramai yang menampakkan dirinya soleh, hakikat mereka ialah golongan jahat yang mencetuskan berita-berita fasik lagi bohong. Bahkan bukan sedikit yang mengkaburkan kita dengan mendakwa segala tuduhan orang kepada dirinya semua bohong dan khianat, sementara jika dia menuduh orang lain pula semua benar dan betul. Padahal, mungkin kesemua mereka yang bersandiwara itu hanyalah penyangak dan penyamun.

Jika berita itu tajaan ‘Amerika dan konco-konconya’, maka ramai pula orang yang baik dan soleh disenarai hitamkan sebagai pengganas. Rakyat Palestin yang dibunuh saban hari dituduh sebagai pengganas kerana menentang dajal Israel yang merupakan Tuhan Politik Amerika. Demikian mana-mana umat Islam yang bumi mereka diceroboh akan ditabalkan sebagai pengganas jika menentang pihak yang menceroboh apabila penceroboh itu bersekongkol dengan Amerika. Wajah para pejuang yang jujur dan baik sentiasa buruk pada nilaian media tajaan Amerika dan Yahudi, jika perjuangan itu tidak mendapat restu atau berlandaskan garis panduan yang ‘diredai’ oleh Amerika.

Betapa ramai insan muslim yang tidak membuat sebarang jenayah cuba diheret oleh Amerika ke kandang orang salah hanya kerana perasaannya membenci kezaliman dan kedajalan Amerika. Entah berapa ramai ulama yang Amerika labelkan mereka sebagai pengganas dan dipaksa kerajaan-kerajaan mereka bertindak ke atas mereka tanpa dosa yang nyata. Dunia media Amerika penuh dengan pembohongan.

Generasi kita pula, tidak semua mempunyai kemampuan membezakan antara berita yang benar diolah secara jahat, atau berita bohong yang ditipu secara terang atau berita palsu yang diriwayat secara indah. Maka terzalimlah banyak pihak. Justeru kadang-kala kita tidak hairan apabila umat Islam yang beriman dan ikhlas sama ada di Barat atau Timur mempunyai kerisauan, atau berhati-hati atau salah sangka jika seseorang tokoh agama atau politik muslim itu begitu dipuja oleh media-media tajaan Amerika. Dunia fasik ini amat mengelirukan kita.

Kehidupan juga demikian pada zaman ini. Entah berapa ramai yang menggunakan agama untuk membohongi orang lain. Betapa banyak serban dan jubah digunakan untuk melariskan barang atau untuk mengutip derma yang akhirnya masuk ke kocek sendiri. Betapa ramai pula penceramah agama yang membaca nas-nas sama ada palsu atau dimanipulasikan demi melakukan barang jualannya. Entah berapa banyak nas al-Quran dan al-Sunnah digunakan untuk mendapat kuasa dan harta. Padahal cita-cita politik dan harta mereka tidak pula bertujuan mendaulatkan ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Ini bukan perkara baru, tetapi telah lama bermula. Firman Allah: (maksudnya): Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah: 79).

Dalam dunia politik tanpa bimbingan wahyu, segalanya mungkin. Pembohongan bagaikan rukun politik yang tidak sah tanpanya. Demi kuasa, segala pembohongan boleh saja ! Saya amat kagum dengan tokoh agung umat ini Sufyan al-Thauri (meninggal 161H) yang pernah berkata : “Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262). Maka dalam soal kuasa segalanya boleh berubah.

Politik yang sepatutnya merupakan usaha menggabungkan tenaga untuk memikir kebaikan umat dan merancang masa depan yang lebih diredai untuk masyarakat dan negara telah bertukar menjadi medan ‘londeh-melondeh’ antara satu sama lain. Ketajaman pemikiran yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan umat telah digunakan untuk menjatuhkan sesama sendiri. Caci-maki, kata-nista, tuduh-menuduh telah menghiasi corak politik warisan penjajah ini. Penyakit ini dihidapi termasuklah yang menggunakan nama Islam dalam berpolitik.

Akhirnya, kerana kuasa, banyak prinsip dan nas yang sudah dilupakan. Maka tidak hairanlah jika Abu Musa ra. al-Asy‘ari menceritakan “Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi SAW. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Jika mengikut prinsip Islam, semua mereka yang gila ingin mendapatkan kuasa itu, hilang kelayakan untuk memimpin umat.

Kegilaan kuasa adalah lambang kedangkalan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Mungkin jika perkara ini disebut kepada orang politik mereka kata “itu cakap yang tidak canggih dalam politik”. Namun mereka lupa, sistem politik perebutan kuasa warisan demokrasi penjajah yang meninggalkan keharmonian sistem Syura dalam Islam itulah yang telah membawa politik kita ke kancah permainan wang, permusuhan, pragmatisme yang melupai prinsip dan segala keburukan yang lain. Sabda Nabi SAW: “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Dalam Islam, tanggungjawab kita membaiki keadaan politik, bukan menggilai kuasa politik jatuh ke tangan sendiri. Apabila kuasa itu menjadi kegilaan, maka kawan akan tikam kawan, sahabat akan bunuh sahabat, yang berpakat akan berpecah, yang berbeza prinsip dan dasar akan berpakat, yang tidur sebantal akan mimpi berbeza, bahkan mungkin membunuh kongsi dalam mimpinya. Itulah politik yang meminggirkan wahyu.

Meminta jawatan kepimpinan dalam Islam adalah dilarang melainkan dalam keadaan darurat apabila keadaan memaksa seseorang mendapatkannya untuk menyelamatkan umat. Itupun, hendaklah penuh dengan tawaduk dan merendah diri kepada Allah SWT. Usaha untuk mendapatkan jawatan itu dijadikan ibadah yang dijaga disiplin dan peraturannya. Ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. yang pernah kita sebutkan.

Firman Allah ayat 55-56: (maksudnya) Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”.

Dalam jiwanya insan mukmin soleh yang terpaksa mendapatkan kuasa itu bukan kegilaan kepada kuasa, tetapi tuntutan dan tanggungjawab membimbing manusia ke arah kehidupan yang berpandukan wahyu Ilahi. Tidak kerana ingin membalas dendam, juga bukan sekadar untuk menurunkan harga barang atau menghapuskan rasuah.

Tanggungjawab kepimpinan lebih daripada itu. Tanggungjawab pemimpin adalah membawa kita semua ke dataran yang diredai Allah, menyelamatkan rakyat dari kemusnahan hidup di dunia dan keburukan hidup di akhirat. Dari diri yang insaf dan mendampingi Allah, lidah yang memuja dan memuji kebesaran-Nya dibangunkan niat dan usaha untuk membaiki urusan pemerintahan. Tidak kerana kuasa yang diidamkan, tidak juga kerana harta yang ingin dikumpulkan.

Ini dapat dilihat dalam kehidupannya secara peribadi yang berpandukan wahyu, mereka yang di sekelilingnya yang terdiri daripada insan-insan soleh dan mematuhi arahan Allah dan rasul-Nya, bukan insan-insan ‘yang dicurigai’. Jika ini terjadi, tamatlah politik wang, maki hamun, londeh-melondeh, tuduh-menuduh dan matlamat menghalalkan cara seperti yang kita lihat pada gelagat ‘artis-artis’ politik kita pada hari ini.

Kita rindukan kuasa politik kita jatuh ke tangan insan-insan yang seperti ini. Sesungguhnya sudah sampai masanya untuk dilakukan tajdid (pembaharuan) menyeluruh kepada landskap politik kita yang kian serabut dan berselerak. Kita rindukan kempen politik yang penuh harmoni dan mengingatkan kita kepada Allah dan menjauhkan kita dari kegilaan kuasa. Kita rindu mereka yang memasuki daerah politik hanya kerana kejujuran bukan kerana ‘ketagihan kuasa’. Kita rindukan mereka yang seperti ‘Umar bin al-Khattab yang berdoa agar Allah mengambil nyawanya sebelum dia mencuaikan tugasannya. Kita rindukan watak ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz yang menangis bersendirian bimbang kegagalan menunaikan amanah Allah. Kita rindukan kejujuran dan amanah yang menghiasi kecepatan dan ketangkasan dalam bersiasah. Ya Allah! Kami rindukan politik di bawah naungan wahyu-Mu!