I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 1, 2008

Ahmad Said MB terengganu Pertahan Arahan

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mempertahankan keputusannya mahu menggugurkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad daripada barisan Exco atas alasan anak buahnya itu mengingkari arahannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata, beliau berhak menggugurkan Ahli Exco terbabit kerana ia terletak di bawah bidang kuasanya walaupun tindakan Yahya bertanding jawatan Ketua Umno bahagian Marang menewaskan penyandang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar pada pemilihan 25 Oktober lalu tidak melanggar disiplin parti.

"Saya kira apa (kehendak peringkat akar umbi)? Kehendak saya dia kena ikut juga. Saya menteri besar dan ada hak terhadap Exco saya...saya yang lantik. Hak bahagian melantik ketua bahagian, hak saya melantik Exco.

"Dua keadaan berbeza. Dia tak langgar disiplin parti, tapi langgar arahan saya,"

"Saya mengarahkan semua Exco supaya tidak terbabit dalam pertandingan jawatan utama peringkat bahagian sebelum pertandingan peringkat cawangan lagi kerana saya minta mereka beri tumpuan kepada jawatan dalam kerajaan dan biar orang lain pegang jawatan ketua bahagian, kecuali jika dia memang dah ketua bahagian. Itu arahan saya jelas,"

No comments: