I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 5, 2008

Obama,mampukah kau membawa perubahan?

Alhamdulillah secara peribadinya ana menyambut baik kemenangan Obama.sebelum ni pun ana ada doakan untuk kejayaannya.Bukan kerana ana ta'asub dia sebagai orang kulit hitam tetapi ana doakan dia dapat meruntuhkan rejim zalim lagi jahat kerajaan Bush yang maha dahsyat zalimnya.Kita tengok bagaimana sepanjang dia menguasai rumah putih , berapa banyak negara Islam dicerobohinya,berapa ramai isteri menjadi janda dan anak jadi yatim piatu,wanita hilang kehormatan di tangan askar jahat kuffar la'anahum Allah...
so,bagi ana apa sahaja usaha yang boleh menjatuhkan kedudukannya untuk terus menzalimi Islam haruslah kita sokong.Kita tak mampu nak menyokong,melobi atau mengundi untuknya tapi cukup kita doakan Bush dan sekutunya Mccain tidak lagi berkuasa.Kita doakan semoga Obama tidak membawa fikrah Bush dalam pemerintahannya akan datang.

Berbalik semula pada obama, kemenangan besarnya memang sudah di jangka. Dengan pelbagai strategi dan pelan tindakan yang utuh, tiada siapa yang boleh persoalkan kemenangan besar presiden kulit hitam pertama Amerika yang bakal menduduki Rumah Putih Januari depan.

Setiap langkah, kata-kata dan pikiran senator yang dulu di label sebagai masih mentah menggamit sokongan dan imiginasi ramai - sehingga mengalir sokongan dari mereka yang tidak layak mengundi (baca: warga dunia yang dahagakan Amerika yang baru).Setiap lapisan masyarakat "di sentuh".

Yang tua menaruh harapan baru buat Amerika yang sedang lemas dalam krisis ekonomi dan entah apa lagi di depan. Yang muda percaya aspirasi kepimpinan yang mendengari dhamir dan suara rakyat.

Kini bukan masanya memperkatakan betapa jayanya strategi Obama dalam mengemudi kempen hingga ke Rumah Putih. Ya, Obama dan orang-orangnya memang hebat.

Engagement
, media, kepetahan dan percaya diri memberi nafas baru buat yang punya aspirasi melonjak diri.

Tapi analisa sebegini biarlah ada limitnya.

Kini masa bekerja. Ummat dan dunia harus melihat apakah harapan dan imiginasi Presiden kulit hitam pertama Amerika boleh mengemudi dunia ke arah yang lebih baik. Dunia yang lebih aman. Ekonomi mapan yang menguntungkan bukan saja puak pemodal. Dan yang lebih utama, polisi "polis dunia" harus segera d tamatkan.

Semua negara di dunia, negara berdaulat. Punya maruah dan bisa mengemudi diri dengan acuan tersendiri. Bukan acuan "siapa yang lebih kuat".

Di sebalik segala pengajaran dan harapan, dunia harus di tangani dengan realiti. Ianya tidak secantik persembahan realiti TV.

Umum harus sedar, Amerika bukan bergerak atas desakan dan kehendak seorang individu. Ianya suatu institusi kepimpinan yang punya sejarah tersendiri. Ianya tamaddun yang berusia beratus tahun.

Apalagi bakal Presiden baru ini bakal mewarisi hutang yang mencecah USD1 trillion dan pelbagai masalah yang d cipta rejim lalu. Memungkinkan tekanan dan desakan, bisa merubah aspirasi dan prioriti awal.

Namun, dengan penuh harapan, ummat menyambut kemenangan Obama - yang mahu meletakkan imej baru Amerika.

Ummat harus terus memerhati, agar yang baru ini terarah dengan janji dan aspirasi sewaktu kempen yang lalu.

Jangan seperti pimpinan Hadhari. Imej "bersih" menggamit pelbagai harapan. Harapan bertukar menjadi mimpi ngeri yang tak kesudahan. Dari harapan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang - menjadi cercaan dan cacian, hatta dari mereka yang dulu menyokong!

Kita mendengar ucapan sulongnya cukup bermakna semalam di mana semua wilayah mendapat tempat dalam pemerintahannya tanpa ada pilih kasih.Dia tu orang non muslim tetapi boleh mengeluarkan kenyataan begitu.Kita pelik dengan 'orang yang mengaku Islam' tetapi bila wilayah yang tidak memberi kemenangan padanya dipinggirkan.bukan setakat dipinggir malah ditekan dengan pelbagai cara untuk tidak terus maju.

Kita doakan pemimpin2 kita dapat menjadikan Rasulullah sebagai tauladan dan Obama menjadi pengajaran semasa bagi kita semua.




No comments: