I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 8, 2008

Makkah di Landa Hujan Ais

Malam Jumaat yang lepas ana dan zaujah telah menghadiri usrah mingguan keluarga Malaysia di Makkah(mahukan detail sila ke web ust lutfie:www.na5wa.blogspot.com)majlis berakhir dalam pukul 11 lebih.Ust Meor telah menawarkan diri untuk menghantar kami pulang ke rumah,tetapi setelah berbincang dengan Ismah,kami nak ke masjid haram terlebih dahulu kerana baru mendapat sms daripada Chesal keselamatan dan kebahagiaan hidup dunia akhirat.
Terima kasih banyak kami ucapkan kepada ust Meor atas pelawaan enta.Lain kali kami tak tolak,insyaAllah:)...

So kami pun masuklah ke dalam masjidil haram.MasyaAllahtak ramai orang sedang bertawaf.Sempatla kami bergambar di depan kaabah sementara petugas masjid tidak memberikan amaran.Gambar di atas yang sempat ana posing,masa tu guruh berbunyi di langit.



Tidak lama kemudian tiba-tiba kami melihat segerombolan mat2 Bangla datang dengan terburu2 meminta orang ramai beredar dari atas karpet ke dalam masjid.Mereka ana gelarkan 'khadimul haramain' sebenar.Orang Saudi marah ana gelar gituh:)

Dipendekkan cerita hujan pun turun.Kami sempat naik ke atas di dalam ruangan masjid.Tiba2 ana lihat ada pak arab sedang mengutip something di atas lantai masjid.Pelik...so ana pun join sama,rupanya hujan menurunkan ais pada kami:)ais tu lebih kurang 1 ruas jari kelingking ana.agak banyak turun,orang2 india dok kutip dan makan.kami taklah buat gitu...

Dan ana tengok ada arab sedang khusyuk berdoa semasa turun hujan.Satu amalan sunnah Rasulullah dan para sahabat yang langsung tidak dipraktikkan dalam masyarakat kita di Malaysia.Mentang2laa hujan banyak kat sana...Sebenarnya diriwayatkan dalam Sohih Bukhari: Rasulullah SAW telah membacakan doa ketika hujan turun:"Ya Allah turunkanlah kepada kami manfaat..."
Malah dalam riwayat yang lain,panjang doa Rasulullah masa hujan.Ini menunjukkan bahawa semasa hujan turun adalah masa mustajab doa.
Rasulullah pernah bersabda:"Dua waktu diperkenankan doa oleh Allah Ta'ala: Pertama: ketika seruan azan dan kedua: ketika hujan turun."

Sebenarnya kelewatan turunnya hujan atau kemarau mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga Allah Ta'ala hentikan 'sekejap' rahmat dari langit.Antara sebabnya:
1.Adalah sebagai ujian untuk menguji hambanya yang bertaqwa.
2.Sebagai azab kepada hambaNya yang suka melakukan maksiat.
3.......(ana lupa pulak point.bila datang balik ana tulis:)....
now dah ingat:Yang ketiga Allah nak bagi nikmat kepada hambaNya yang soleh.


mula-mula hujan...


cuba meraih rahmat Allah dalam kehujanan...


masih ada saki baki manusia sedang bertawaf
dalam hujan




"Ya Allah,Engkau tambahkankanlah Baitillahilharam
ini kemuliaan,kebesaran,kehebatan,ketinggian..."

Antara sebab turunnya hujan adalah kerana:
1.Doa hamba yang soleh.
2.Doa budak yang baik.
3.Istidraj bagi hamba-Nya('gula-gula' yang diberikan oleh Allah kepada orang yang berbuat maksiat)

Marilah kita bersama-sama mengambil manfaat sempena dengan kedatangan hujan.Kadang -kadang ana tengok orang arab yang jarang terima hujan lebih mentatbiqkan sunnah RAsul SAW.


untungnya berada di baitillah ketika hujan


ieee..sejuknya air hujan



teringat ketika ana kecik2,main air bah kat kampung tiap2 tahun.


abg jomla mandi sama,tak teringin ke?


(ismah berkata)dalamnya air...takutnya...takutnyaaa.....

ismah dah tak jakun ngarong air..hehe


air laju di jalanan
(sistem perparitan di Saudi agak lemah)

10 comments:

Ibn al Haramain said...
This comment has been removed by the author.
Saliza said...

Salam...

Bestnye kalau dapat tengok kejadian tu....

Subhanallah.....
Kak za dapat beberapa maklumat dari cerita tu. Alhamdulillah
Che de kite...dok sejuk ke? main mengarung air boh tu?

Saliza said...

Salam...
bestnye kalu ade mase tu kat sane.Subhanallah.

Che de dok sejuk ke main ujang?
kalu boring2 tu mnarilah sini.

Saliza said...

salam

Saliza said...

Salam...
bestnye kalu ade mase tu kat sane.Subhanallah.

Che de dok sejuk ke main ujang?
kalu boring2 tu mnarilah sini.

Ibn al Haramain said...

hehehe.best tu memang best.jakung lama tak main hujan gitu.kat jordan bukan ada mcm tu:)...kakza bile masuk makah?kita jumpa kt sinilah yer.doakan kami jgk moga mudah buat haji:(

Saliza said...

Ya Allah..banyeknye komen kak za tu, sebenarnye ingat dok masuk ...
InsyaAllah kak za gi 4 disember.
Tapi dok tahu ade mutawif ke dok. Hafis ade jadi mutawif untuk sape2 ke? kalu tak dok buleh bawok kak za and the geng

Ibn al Haramain said...

ramai dok jemaah?kalau ada tasrih boleh je kami ikut sama.sebab kalau sesiapa takde permit(tasrih),kene hantar pulang serta merta.takde maaf bagimu.itulah rasa takut sekarang ni:(saya pun pening lagi nak gi macam mana:(

Saliza said...

Jemaah tu...2 bas lah
Tapi kak za nak buat group kak za sendiri dalam 10 orang je. gitu.Kami semua insyaAllah ade tasrih doh. Hafis dok wak ke? nok wak kene bayo ke?
Kalu ade masaalah kos bagitahu kami segera insyaallah kami akan tolong.

Muneerah said...

WAA~!~~ best nyer!!
maser biler nie!!!
senang la nk cium hajar aswad time nie.. tadaq org!!...