I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 1, 2008

Pak Lah LANGGAR lagi Fatwa Mufti (Edisi 2008)

Sumber: Utusan MelayuPerdana Menteri beri penghormatan Hari Pahlawan
PENGHORMATAN... Abdullah Ahmad Badawi diiringi pegawai tertinggi pasukan keselamatan berjalan untuk menyempurnakan Majlis Kalungan Bunga Sempena Hari Pahlawan di Tugu Negara, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara di sini hari ini sempena Hari Pahlawan 2008 sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air.Cuaca redup dan nyaman pagi ini mewujudkan suasana sayu semasa sambutan berkenaan. Perdana Menteri yang tiba pada pukul 8.30 pagi memulakan upacara simbolik itu dengan memeriksa perbarisan kawalan kehormat oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pimpinan Mejar Norhisham Kamal.Ia diikuti tiupan lagu Last Post untuk memperingati pahlawan negara yang gugur di perbatasan. Majlis kemudian mendengar deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.Sajak itu mengenang jasa pahlawan negara yang terkorban di medan perang sejak Perang Dunia Kedua, zaman darurat dan semasa menjalankan misi keamanan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Perdana Menteri kemudian mendahului acara peletakan kalungan bunga di hadapan Tugu Negara yang disusuli Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Turut berbuat demikian ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin
FATWA TENTANG PERLETAKAN KALUNGAN BUNGA
1. FATWA MUFTI PAHANG
- Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan " Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan"

No comments: