I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 25, 2009

TAWAF WADA'@WIDA' : PERSOALAN DAN RUNGKAIAN

Tawaf wada' atau wida' ialah tawaf selamat tinggal baitiilahil haram.

Timbul banyak persoalan di sini.

Adakah wajib bagi kita mengerjakannya atau sunat hukumnya untuk mengerjakannya?

Adakah saya balik ke Jeddah atau Yanbu dikenakan dam atau tidak?

Saya pergi ke masjid terapung Corniche,dikenakan dam atau tidak?

Jadi di sini saya ada membuat sedikit ringkasan tentang hukum hakam yang berkaitan dengan tawaf wada' dan membawakan pendapat yang terbaru dari ulama' mu'asoroh.
semoga ianya dapat membantu serba sedikit kepada saya dan anda semua...

Pertama sekali apa hukumnya tawaf wada'...Ulama berselisih pendapat tawaf wada':

1)Wajib; dan sesiapa yang meninggalkannya dikenakan dam.

-Mazhab hanafi,Hanbali,Syafie dan Jumhur ulama.
-Dalilnya:
(لا ينفرن احد حتى يكون آخر عهده بالبيت)
Maksudnya:"Janganlah seseorang itu meninggalkan (baitillaharam) sehinggalah diakhiri dengan baitillahilharam(tawaf wada')".
* orang yang haidh boleh meninggalkannya dan menjadi rukhsah baginya.

2)Sunat

-Mazhab:Pendapat Imam Malik,Daud dan Ibn Munzir dan salah satu dari pendapat mazhab Syafie.
- Dalilnya : orang yang datang haidh tidak diwajibkan mengerjakannya.

Kedua : Jikalau seseorang itu melewatkan tawaf ifadhahnya sehingga tiba waktu pulang maka terangkat tawaf wada' iaitu tidak wajib ia mengerjakannya.

Ketiga: Waktu tawaf wada'

1)Apabila sudah selesai mengerjakan semua amalan haji dan hendak meninggalkan Makkah.

2)Pendapat Jumhur(kebanyakan)Ulama:Sesiapa yang sibuk berjual beli atau masih tinggal di situ selepas dari tawaf wada' maka wajib dia mengulanginya.
*Dan Imam Abu Hanifah berpendapat tidak wajib mengulanginya.

Keempat:Adakah tawaf wada' salah satu dari Manasik haji atau ibadah yang terpisah dari ibadah haji?

1)Pendapat dari mazhab Hanafi,Imam Haramain dan Imam Ghazali dari mazhab Syafie berpendapat ia termasuk dalam manasik haji.

Dalilnya:
Rasulullah menyuruh para sahabat menunaikan tawaf wada' ketika haji wada',sedangkan sebelum itu Rasulullah telah mengerjakan umrah sebanyak empat kali tetapi tidak menyuruh para sahabat mengerjakannya.

2)Imam Rafie dan Nawawi juga dari mazhab Syafie berpendapat ia bukan daripada manasik haji tetapi satu ibadah yang berasingan dari ibadah haji.

Ia dikuatkan oleh Syeikh Ibn Taimyah dalam fatwanya.

Dalilnya:
Ia tidak diwajibkan kepada ahli Makkah tetapi wajib kepada orang yang datang dari luar Makkah.

Kelima:Siapakah yang diwajibkan untuk mengerjakan tawaf wada'?

1)Wajib bagi sesiapa yang ingin meninggalkan bandar Makkah untuk kembali ke tempat tinggalnya sama ada dalam tanah haram atau luar - Pendapat mazhab Syafie.

2)Wajib bagi sesiapa yang ingin meninggalkan tanah haram manakala sesiapa yang tinggal dalam tanah haram tidak diwajibkan mengerjakannya - salah satu dari pendapat mazhab Hanbali.

3)Wajib bagi sesiapa yang ingin meninggalkan Makkah ke tempat yang lebih dari dua marhalah. Jika tidak sampai dua marhalah maka tidak wajib. - Pendapat imam Bughawi.

4)Tidak wajib tawaf wada' kecuali bagi orang yang tinggal luar dari miqat.- Pendapat mazhab Hanafi.

5)Tidak wajib mengerjakannya bahkan sunat sahaja iaitu pendapat Imam Malik.

6)Bagi pendapat yang mewajibkannya maka jika meninggalkan tafaf wida' itu wajib dikenakan dam. Kecuali Imam Ibn Munzir berpendapat wajib tetapi tidak dikenakan apa-apa jika meninggalkannya.

Rumusan yang boleh saya simpulkan di sini:

1)Mazhab Hanafi

Sesiapa yang tinggal dalam kawasan miqat seperti Jeddah dan Bahrah tidak wajib ke atas mereka tawaf wada' kerana mengikut pendapat mazhab Hanafi bahawa orang yang tinggal di kawasan tidak melebihi miqat atau tinggal di Makkah ialah orang yang tidak akan putus mengunjungi masjidil haram.

2)Mazhab Maliki

Tidak wajib mengerjakannya kerana hukumnya sunat dan tidak dikenakan apa-apa jika meninggalkannya.

3)Mazhab Syafie dan Hanbali

Wajib mengerjakannya!!!


Keenam : Hukum Sesiapa yang keluar meninggalkan Makkah kemudian pulang semula untuk mengerjakannya.

1)Mazhab Syafie dan Hanbali

Ada dua keadaan bagi sesiapa yang keluar dari tanah haram tanpa tawaf wada':

i)Tidak sampai dua marhalah:maka wajib pulang dan tawaf maka tidak dikenakan apa - apa dam.
ii)Melebihi dua marhalah:Maka tidak wajib dia pulang ke Makkah. Sekiranya pulang maka hendaklah berihram umrah.Apabila selesai umrah hendaklah tawaf wada'.Dan wajib membayar dam.

2)Mazhab Hanafi

Wajib pulang jika tidak sampai dua marhalah.Sekiranya melebihi dua marhalah tidak wajib ia pulang semula ke Makkah.Jika dia hendak pulang ke mekah maka hendaklah berihram umrah,tawaf wada' dan tidak dikenakan apa-apa dam.

Ketujuh : Hukum masuk ke Makkah tanpa melakukan umrah.

Menurut Syeikh Said Abdul Qadir Basyanfar : Tidak wajib seseorang itu memakai ihram jika masuk ke Makkah bukan untuk menunaikan umrah atau haji kerana Imam Bukhari sendiri merekodkan dalam sohihnya : Bab Masuk ke Tanah Haram dan Makkah Tanpa Ihram. Dan Ibn Umar telah masuk(Makkah)tanpa berihram.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyuruh (para sahabat) bertalbiah (dalam keadaan berihram) bagi sesiapa yang ingin mengerjakan haji dan umrah.Tidak disebut selain dari haji dan umrah untuk berihram.

Kelapan:Hukum tawaf wada' bagi sesiapa yang tinggal di Jeddah dan selainnya di Negara Saudi

1)Menurut pendapat yang rajih : Wajib bagi ahli Jeddah dan selain mereka mengerjakan tawaf wada' sebagaimana pendapat mazhab Syafie dan Hanbali.

2)Maliki:Sunat

3)Hanafi : tidak wajib jikalau dalam kawasan miqat.


Kesembilan: Hukum Ahli Jeddah dan selain mereka yang pulang ke daerah masing-masing kemudian kembali untuk mengerjakan tawaf wada'.

1)Syafie dan Hanbali : wajib Sebagaimana yang diterangkan di atas.

2)Pendapat yang Rajih Wallahu 'alam :

Tidak dikenakan dam bagi sesiapa yang pulang untuk tawaf wada' sama ada tinggal di Jeddah atau tempat yang tidak sampai dua marhalah atau lebih dua marhalah seperti Jizan atau madinah.

Dalilnya :

i)Orang yang tinggal tidak sampai dua marhalah jika pulang mengerjakannya tidak dikenakan dam mengikut semua pendapat.
Maka sama juga hukumnya orang yang tinggal lebih dari dua marhalah.Sesiapa yang membezakannya hendaklah membawa dalil yang menjelaskan ia hukum yang berbeza.

ii)Jika dikatakan : Tawaf wada' adalah wajib.Jika dia telah datang kembali menunaikannya maka tidak wajib keatasnya membayar dam kerana tawaf tersebut telah dilakukan.Hukum orang jauh atau dekat adalah sama.

iii)Mazhab Syafie dan Hanbali: Sesiapa yang pulang ke tanah airnya sebelum tawaf ifadhah, wajib ke atasnya datang kembali ke Makkah dan bertawaf ifadhah lalu tidak dikenakan apa-apa dam.

Imam Nawawi berkata dalam kitab Majmu' : Dalil kami , asalnya tidak dikenakan dam sehingga ada dalil yang mewajibkannya(bayar dam).

Maka sama masalahnya dengan tawaf wada'.

iv)sebagaimana yang kita ketahui sesiapa yang hendak mengerjakan umrah atau haji tetapi telah melepasi miqat tanpa berihram,boleh kembali semula ke miqat dan berihram di sana maka tidak dikenakan sebarang dam.
Jadi sama sahaja masalah ini dengan masalah tawaf wada'.

v)Sesiapa yang mewajibkan dam dan tetap mengenakan dam walaupun datang kembali mengerjakan tawaf wada' serta membezakan antara mereka yang bermusafir sampai dua marhalah dan tidak sampai adalah tidak berdalil.

vi)Sesiapa yang keluar dari Makkah ke Jeddah atau tempat yang lain dengan niat untuk datang lagi mengerjakannya lebih utama untuk tidak dikenakan dam dari orang yang tinggal tidak sampai dua marhalah tanpa niat untuk kembali mengerjakannya.

6 comments:

Unknown said...

assalaamualaikum w.b.t

terima kasih ya Al-Fadhil Ustaz Hafiz atas penjelasan tawaf wida' yg lebih detail ini. Semoga input ini memberi manfaat buat saya dan teman2 yang lain. InsyaAllah

izin copy note ini ya ustaz.

wassalam

Ibn al Haramain said...

wa'alaikumussalam...insyaAllah semoga kita sama2 mendapat manfaat:)

Unknown said...

Assalamualaikum Ustz
Menurut pakej Umrah saya, saya dijangka tinggal di Mekah AlMukarammah selama 9 hari. Pada hari ke tiga kami di Mekah, kami akan dibawa menziarahi bandar Jeddah selepas sarapan pagi dan AKAN KEMBALI semula ke Mekah pada sebelah malamnya.
Soalannya: Perlukah saya mengerjakan tawaf wada' sebelum berangkat ke Jeddah. Mohon penjelasan Ustz

Ibn al Haramain said...

mysabani:kalau nak buat tawaf wada' pon boleh,taknak buat pon tak apa.kalau tak buat tidak dikenakan apa2 insyaallah

mresat said...

Salam Ustaz, Saya nak tanya beberapa soalan:
1. Setelah selesai tawaf wida' saya membeli beberapa utas tasbih dalam perjalan balik ke hotel, adakah terbatal tawaf widak saya.
2. Ada dinyatakan dikenakan DAM, dam macamana yang kena dilakukan ?
3. Jika Nabi tidak pernah melakukan tawaf wida semasa mengerjakan umrah, kenapa jika kita melakukan ibdah umrah bukan dalam bulan haji hukumnya sampai membayar dam, atau boleh kita berpegang kepada hukum sunat sahaja ?

Harap dapat penjelasan dan terima kasih atas jawapan.

Ibn al Haramain said...

to mresat...

jawapan.

1.Ada pendapat mazhab mengatakan selepas melakukan tawaf wada' maka tidak boleh melakukan apa2 pekerjaan yang tidak penting atau dharuri yang bukin rutin kehidupan.Jika melakukannya maka terbatal tawaf tersebut.

Ada pendapat yang lain mengatakan tidak mengapa untuk melakukan sesuatu yang bukan rutin jika dah ada niat hendak meninggalkan tanah haram...

2.Dam meninggalkan tawaf wada' ialah sembelih kambing atau kibas atau sebahagian daripada lembu atau unta.Hendaklah disembelih di tanah haram Makkah.

3.Ulama' mengatakan bahawa ia adalah syariat daripada Rasulullah SAW.Walaupun Rasulullah SAW tidak melakukan ketika umrah tetapi semasa last Rasulullah datang ke Makah,Rasulullah tawaf..
Nak mudah faham,Rasulullah SAW tengok sahabat makan dhob(biawak padang pasir) dan Rasulullah SAW tidak larang maka sejak itu dhob adalah halal.

Begitu juga Ulama' istinbat hukum.

4.Nak berpegang pada hukum ia sunat?
bagi saya tidak menjadi masalah tetapi saya tidak berapa suka dan galakkan.
Saya lebih prefer WAJIB kerana ia adalah penghormatan tanah haram!

wallahu 'alam