I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 25, 2009

TAWAF WADA'@WIDA' : PERSOALAN DAN RUNGKAIAN

Tawaf wada' atau wida' ialah tawaf selamat tinggal baitiilahil haram.

Timbul banyak persoalan di sini.

Adakah wajib bagi kita mengerjakannya atau sunat hukumnya untuk mengerjakannya?

Adakah saya balik ke Jeddah atau Yanbu dikenakan dam atau tidak?

Saya pergi ke masjid terapung Corniche,dikenakan dam atau tidak?

Jadi di sini saya ada membuat sedikit ringkasan tentang hukum hakam yang berkaitan dengan tawaf wada' dan membawakan pendapat yang terbaru dari ulama' mu'asoroh.
semoga ianya dapat membantu serba sedikit kepada saya dan anda semua...

Pertama sekali apa hukumnya tawaf wada'...Ulama berselisih pendapat tawaf wada':

1)Wajib; dan sesiapa yang meninggalkannya dikenakan dam.

-Mazhab hanafi,Hanbali,Syafie dan Jumhur ulama.
-Dalilnya:
(لا ينفرن احد حتى يكون آخر عهده بالبيت)
Maksudnya:"Janganlah seseorang itu meninggalkan (baitillaharam) sehinggalah diakhiri dengan baitillahilharam(tawaf wada')".
* orang yang haidh boleh meninggalkannya dan menjadi rukhsah baginya.

2)Sunat

-Mazhab:Pendapat Imam Malik,Daud dan Ibn Munzir dan salah satu dari pendapat mazhab Syafie.
- Dalilnya : orang yang datang haidh tidak diwajibkan mengerjakannya.

Kedua : Jikalau seseorang itu melewatkan tawaf ifadhahnya sehingga tiba waktu pulang maka terangkat tawaf wada' iaitu tidak wajib ia mengerjakannya.

Ketiga: Waktu tawaf wada'

1)Apabila sudah selesai mengerjakan semua amalan haji dan hendak meninggalkan Makkah.

2)Pendapat Jumhur(kebanyakan)Ulama:Sesiapa yang sibuk berjual beli atau masih tinggal di situ selepas dari tawaf wada' maka wajib dia mengulanginya.
*Dan Imam Abu Hanifah berpendapat tidak wajib mengulanginya.

Keempat:Adakah tawaf wada' salah satu dari Manasik haji atau ibadah yang terpisah dari ibadah haji?

1)Pendapat dari mazhab Hanafi,Imam Haramain dan Imam Ghazali dari mazhab Syafie berpendapat ia termasuk dalam manasik haji.

Dalilnya:
Rasulullah menyuruh para sahabat menunaikan tawaf wada' ketika haji wada',sedangkan sebelum itu Rasulullah telah mengerjakan umrah sebanyak empat kali tetapi tidak menyuruh para sahabat mengerjakannya.

2)Imam Rafie dan Nawawi juga dari mazhab Syafie berpendapat ia bukan daripada manasik haji tetapi satu ibadah yang berasingan dari ibadah haji.

Ia dikuatkan oleh Syeikh Ibn Taimyah dalam fatwanya.

Dalilnya:
Ia tidak diwajibkan kepada ahli Makkah tetapi wajib kepada orang yang datang dari luar Makkah.

Kelima:Siapakah yang diwajibkan untuk mengerjakan tawaf wada'?

1)Wajib bagi sesiapa yang ingin meninggalkan bandar Makkah untuk kembali ke tempat tinggalnya sama ada dalam tanah haram atau luar - Pendapat mazhab Syafie.

2)Wajib bagi sesiapa yang ingin meninggalkan tanah haram manakala sesiapa yang tinggal dalam tanah haram tidak diwajibkan mengerjakannya - salah satu dari pendapat mazhab Hanbali.

3)Wajib bagi sesiapa yang ingin meninggalkan Makkah ke tempat yang lebih dari dua marhalah. Jika tidak sampai dua marhalah maka tidak wajib. - Pendapat imam Bughawi.

4)Tidak wajib tawaf wada' kecuali bagi orang yang tinggal luar dari miqat.- Pendapat mazhab Hanafi.

5)Tidak wajib mengerjakannya bahkan sunat sahaja iaitu pendapat Imam Malik.

6)Bagi pendapat yang mewajibkannya maka jika meninggalkan tafaf wida' itu wajib dikenakan dam. Kecuali Imam Ibn Munzir berpendapat wajib tetapi tidak dikenakan apa-apa jika meninggalkannya.

Rumusan yang boleh saya simpulkan di sini:

1)Mazhab Hanafi

Sesiapa yang tinggal dalam kawasan miqat seperti Jeddah dan Bahrah tidak wajib ke atas mereka tawaf wada' kerana mengikut pendapat mazhab Hanafi bahawa orang yang tinggal di kawasan tidak melebihi miqat atau tinggal di Makkah ialah orang yang tidak akan putus mengunjungi masjidil haram.

2)Mazhab Maliki

Tidak wajib mengerjakannya kerana hukumnya sunat dan tidak dikenakan apa-apa jika meninggalkannya.

3)Mazhab Syafie dan Hanbali

Wajib mengerjakannya!!!


Keenam : Hukum Sesiapa yang keluar meninggalkan Makkah kemudian pulang semula untuk mengerjakannya.

1)Mazhab Syafie dan Hanbali

Ada dua keadaan bagi sesiapa yang keluar dari tanah haram tanpa tawaf wada':

i)Tidak sampai dua marhalah:maka wajib pulang dan tawaf maka tidak dikenakan apa - apa dam.
ii)Melebihi dua marhalah:Maka tidak wajib dia pulang ke Makkah. Sekiranya pulang maka hendaklah berihram umrah.Apabila selesai umrah hendaklah tawaf wada'.Dan wajib membayar dam.

2)Mazhab Hanafi

Wajib pulang jika tidak sampai dua marhalah.Sekiranya melebihi dua marhalah tidak wajib ia pulang semula ke Makkah.Jika dia hendak pulang ke mekah maka hendaklah berihram umrah,tawaf wada' dan tidak dikenakan apa-apa dam.

Ketujuh : Hukum masuk ke Makkah tanpa melakukan umrah.

Menurut Syeikh Said Abdul Qadir Basyanfar : Tidak wajib seseorang itu memakai ihram jika masuk ke Makkah bukan untuk menunaikan umrah atau haji kerana Imam Bukhari sendiri merekodkan dalam sohihnya : Bab Masuk ke Tanah Haram dan Makkah Tanpa Ihram. Dan Ibn Umar telah masuk(Makkah)tanpa berihram.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyuruh (para sahabat) bertalbiah (dalam keadaan berihram) bagi sesiapa yang ingin mengerjakan haji dan umrah.Tidak disebut selain dari haji dan umrah untuk berihram.

Kelapan:Hukum tawaf wada' bagi sesiapa yang tinggal di Jeddah dan selainnya di Negara Saudi

1)Menurut pendapat yang rajih : Wajib bagi ahli Jeddah dan selain mereka mengerjakan tawaf wada' sebagaimana pendapat mazhab Syafie dan Hanbali.

2)Maliki:Sunat

3)Hanafi : tidak wajib jikalau dalam kawasan miqat.


Kesembilan: Hukum Ahli Jeddah dan selain mereka yang pulang ke daerah masing-masing kemudian kembali untuk mengerjakan tawaf wada'.

1)Syafie dan Hanbali : wajib Sebagaimana yang diterangkan di atas.

2)Pendapat yang Rajih Wallahu 'alam :

Tidak dikenakan dam bagi sesiapa yang pulang untuk tawaf wada' sama ada tinggal di Jeddah atau tempat yang tidak sampai dua marhalah atau lebih dua marhalah seperti Jizan atau madinah.

Dalilnya :

i)Orang yang tinggal tidak sampai dua marhalah jika pulang mengerjakannya tidak dikenakan dam mengikut semua pendapat.
Maka sama juga hukumnya orang yang tinggal lebih dari dua marhalah.Sesiapa yang membezakannya hendaklah membawa dalil yang menjelaskan ia hukum yang berbeza.

ii)Jika dikatakan : Tawaf wada' adalah wajib.Jika dia telah datang kembali menunaikannya maka tidak wajib keatasnya membayar dam kerana tawaf tersebut telah dilakukan.Hukum orang jauh atau dekat adalah sama.

iii)Mazhab Syafie dan Hanbali: Sesiapa yang pulang ke tanah airnya sebelum tawaf ifadhah, wajib ke atasnya datang kembali ke Makkah dan bertawaf ifadhah lalu tidak dikenakan apa-apa dam.

Imam Nawawi berkata dalam kitab Majmu' : Dalil kami , asalnya tidak dikenakan dam sehingga ada dalil yang mewajibkannya(bayar dam).

Maka sama masalahnya dengan tawaf wada'.

iv)sebagaimana yang kita ketahui sesiapa yang hendak mengerjakan umrah atau haji tetapi telah melepasi miqat tanpa berihram,boleh kembali semula ke miqat dan berihram di sana maka tidak dikenakan sebarang dam.
Jadi sama sahaja masalah ini dengan masalah tawaf wada'.

v)Sesiapa yang mewajibkan dam dan tetap mengenakan dam walaupun datang kembali mengerjakan tawaf wada' serta membezakan antara mereka yang bermusafir sampai dua marhalah dan tidak sampai adalah tidak berdalil.

vi)Sesiapa yang keluar dari Makkah ke Jeddah atau tempat yang lain dengan niat untuk datang lagi mengerjakannya lebih utama untuk tidak dikenakan dam dari orang yang tinggal tidak sampai dua marhalah tanpa niat untuk kembali mengerjakannya.

Sunday, October 18, 2009

Semoga aku dapat mencontohi Rasulullah dan insan ini bila bergelar ayah nanti insyaallah

Ayah Membawakan Bekal Ke Sekolah

Ini adalah salah satu kebiasaan Al Banna yang mungkin jarang dilakukan oleh para ayah. Beliau memberi bantuan , penjagaan dan perhatian kepada anak-anak nya hingga dalam sekolah, menjadikan anak - anak mereka merasa bahwa mereka selalu dalam perhatian ibu bapanya. Jika seorang anak merasa bahwa dirinya adalah nombor satu dalam hati ibu dan ayahnya, maka ia adalah sebab utama keberkesanan dalam mendidik mereka. Tentang perhatian Imam Hasan Al Banna terhadap anak-anaknya dan bagaimana penjagaan Al Banna pada mereka diceritakan oleh Saiful Islam(anak lelaki hasan al banna - anak yg kedua) :
“Aku tidak melebihkan dalam masalah ini, ketika aku nyatakan bahwa ayah adalah pemimpin rumah tangga paling ideal. Sejak aku masih kecil dan masih kanak-kanak aku belum pernah merasakan ayah kurang memberi perhatian atau kasih sayang pada kami atau kurang memikirkan masalah kami. Kami merasa sangat ta'jub ketika kami merasa di saat ini kami sendiri masih belum mencapai seperti apa yang dilakukan oleh ayah pada kami.”

Berkata Ir. Roja Hasan Al Banna(anak perempuan hasan albanna yg ke3), “Aku ingat, ayah-semoga Allah merahmatinya- selalu membawakan makan pagi ke sekolah taman kanak-kanak(tadika) ketika usiaku lima tahun. Ini kerena perhatiannya padaku amat besar agar aku dapat makan pagi. Ketika itu aku memang sering lupa membawa roti untuk sarapan pagi ke sekolah, atau mungkin kerana makananku diambil oleh teman-teman di sekolah. Ayah sangat berusaha untuk membawa makan pagi itu setiap hari ke sekolah meskipun aku tahu kesibukannya di luar sana. Tapi beliau tetap tidak lupakan kami...”

Kesan dari sikap ayah melayan kami sedemikain rupa menyebabkan hubungan dan kecintaan kasih sayang antara kami sangat kuat. Roja menambah “Kami sangat mencintai ayah...sangat cinta. Kami mentaati keinginannya kerana kami cinta padanya, bukan kerana kami takut padanya. Bila mana ayah meninggalkan kami buat selama - lamanya kami semua sangat merasa kehilangan. ..

contoh isteri solehah


Ya Ummu Wafa, Istana Kita menanti di Surga


Kondisi keluarga jelas sangat menjamin perkembangan jiwa anak secara baik. Kondisi keluarga yang penuh kasih sayang, penuh perhatian dan kepedulian akan menyebabkan anggota keluarga saling hormat dan saling menghargai. Di antara faktor penting untuk melakukan pemeliharaan yang benar adalah, adanya lingkungan yang mendukung untuk tujuan pendidikan itu sendiri. Lingkungan akan membantu sang anak lebih mudah memiliki perilaku yang baik. Perilaku Imam Hasan Al Banna di rumah, interaksinya dengan isterinya, hubungannya dengan anak-anaknya, itu semua mewakili lingkungan yang baik dan subur untuk menghidupkan generasi yang shalih.

QS Al A’raf : 58

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.”

Tsana, puteri Al Banna, juga mengatakan, “Subhanallah, setelah aku berkeluarga, maka ayahkulah yang menjadi contoh sangat baik dalam hal pengorbanan. Kerananya aku sangat yakin sekali dengan dakwah yang disampaikan ayah. Ayah tidak perlu banyak mengatakan apapun, tapi kecintaanku kepada dakwahnya begitu kuat sampai setelah ayah wafat, para Ikhwan yang dibebaskan dari penjara datang kepada keluarga kami mengucapkan salam. Umumnya mereka semua datang kepada kami dengan selalu membawa makanan. Bahkan meskipun makanan itu berupa makanan yang belum jadi seperti daging mentah, dan itu sangat membahagiakan ibu.”

Tsana(anak bongsu hasan al banna) melanjutkan: “Ketika menjejak kaki ke cairo, mereka menyewa sebuah bilik untuk digunakan sebagai pusat dakwah . Ketika itu, Ibu mengambil hampir semua perabotan rumah untuk digunakan di pusat dakwah. Ketika ayah membagun sekretariat Ikhwanul Muslimun, beliau malah meminta ayah membawa sebagian besar perabot rumah agar sekretariat menjadi lebih hidup. Ayahpun membawa karpet, almari, meja-meja dan masih banyak lagi perabotan lain ke sekretriat dan ibu sangat senang hati. Di rumah kami sendiri, tak ada ruang kecuali sedikit sekali, termasuk sajadah dan almari yang sebenarnya dibuat oleh Ibu sendiri. Kami hanya menggunakan sedikit dinding dan untuk menutupi kamar, kami menggunakan apa saja bahan yang boleh digunakan. Dengan pengorbanan itu, ibu tampak tidak merasakan apa-apa dan sepertinya ia tidak memberikan apapun untuk dakwah ini dari semua perabot rumahnya.

Kepercayaan yang Sangat Besar

Tsana mengatakan : “Kepercayaan ibu kepada ayah besar sekali. Para akhwat datang dan duduk bersama ayah terkadang mendiskusikan banyak masalah dakwah tentu saja secara terbuka. Tapi ibu tidak pernah merasakan kesempitan dengan hal itu dan tidak bertanya apa yang dilakukan para akhwat itu, sebagaimana dilakukan oleh kebanyakan isteri. Kepercayaan kepada ayah sangat besar dan sulit digambarkan. Sampai ketika rumah kami termasuk ke dalam peta rumah yang akan diletupkan oleh kerajaan . ibuku meminta ayah untuk membelikan rumah kecil untuk kami. Tapi ketika itu ayah mengatakan dengan keimanan mendalam: “Wahai Ummu Wafa, istana kita menanti di syurga. Allah takkan mengsia-siakan kita di dunia.” Perkataan itu meresap dalam hati ibuku dengan penuh cinta dan sikap lapang. Ibu tidak marah dan tidak kecewa seperti banyak dilakukan para isteri zaman sekarang ini. Selalu saja ayah memanggil ibu dengan ungkapan, wahai Ummu Wafa. Dan ibu memanggil ayah dengan panggilan, wahai Ustadz Hasan. Itu karena adanya rasa saling menghormati di antara mereka.

Tuesday, August 4, 2009

Tolong doakan,saya ingin .............................. menjadi suami saya!

Sheikh makes dua for woman who needs husband
In question answer program, a woman called Sheikh Abdullah Almutlaq and asked him a question. And after he gave her the answer, she asked him to pray to Allah that she is bless with Sheikh Mohammad Al-Arifi as her husband. Sheikh Almutlaq replied to her saying do you want Sheikh Alarifi for his good looks or knowledge? She answered for his knowledge. Sheikh Almutlaq replied to her that Sheikh Saleh Alsadlan was more knowledgeable than him, I will pray to Allah that you be blessed with him as a husband.



Mohammad Alarifi


Alsadlan



hehe......kitorang pon tak tau Syeikh Al-Sadlan macam mana rupanya....ingatkan muda macam Syeikh Mohammad Al-Arifi juga. First impression bila baca memang lucu...tapi cuba perhatikan, itulah cara dakwah berhikmah Syeikh Al- Mutlaq kepada wanita tersebut, cara jawab orang alim yang tidak merapu...sangat sesuai dengan hadis nabi yang bermaksud " sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat (beriman bahawa setiap amalan kita akan ada balasannya), maka hendaklah kamu berkata yang baik-baik sahaja atau hendaklah kamu diam"

Thursday, July 23, 2009

selsema babi:3 Golongan tidak dibenarkan mengerjakan haji

Oleh : mohd naim mohd zain

KAHERAH: Menteri Kesihatan Arab menasihatkan orang tua, kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit kronik mengelak daripada mengerjakan haji tahun ini bagi memperlahankan penularan wabak selesema babi..

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar di Kaherah yang berlanjutan awal pagi tadi.

Kira-kira tiga juta jemaah haji mengunjungi Makkah dan Madinah pada setiap musim haji.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, kematian akibat virus H1N1 meningkat sekali ganda dalam tempoh tiga minggu kepada lebih 700 daripada kira-kira 300 orang.

Menteri Kesihatan itu berkata jika vaksin H1N1 diperoleh sebelum musim haji, jemaah perlu menyertakan laporan imunisasi untuk mendapatkan visa haji.

Sunday, June 14, 2009

Syiir Abdullah bin Mubarak untuk sahabatnya Fudhail bin 'Iyadh

ياعابدَ الحرمينِ لوْ أبصرتنـاَ لَعَلِمتَ أنَّك فَي العِبَادَة ِ تَلْعَبُ

منْ كانَ يخضبُ جيدهُ بدموعِه فَنُحورُنَا بِدِمَائنَـا تَتَخَضَّـبُ


أوْ كانَ يُتعبُ خيلهُ في باطـلِ فخيولُنا يومَ الصبيحة ِ تَتعـبُ

ريحُ العَبِيرِ لَكُمْ وَنَحنُ عَبِيرُنَا رهجُ السنابِكِ والغبارُ الأطيبُ

ولقدْ أتانَا مـنْ مقـالِ نَبينَـا قَولٌ صَحِيحٌ صَادِقٌ لا يَكْذِبُ


لا يَستَوي غُبَارُ خَيِل الله فِـي أنْفِ امرِىء وَدُخَانُ نَارٍ تَلْهَبُ


هَذَا كَتَابُ الله يَنْطِـق بَيْنَنَـا لَيْسَ الشَّهِيدُ بِمَيِّتٍ لاَ يَكْـذبُ

Wahai Abid Haramain jika kau perhatikan kami
Kau akan mengetahui Sesungguhnya kau hanya bermain main dengan ibadah mu
Anda hanya mengalirkan air mata dipipinya
Maka leher leher kami pula mengalir darah
Ataupun orang yang meletihkan kuda nya kepada kebatilan
Maka kuda kuda kami telah pun letih diwaktu pagi(dalam sengitnya perang)
Bauan yang wangi bagi kalian
Namun wangian kami ialah kepulan debu yang diterbangkan kaki-kaki kuda
Sesungguhnnya telah datang kewajipan jihad kepada kami dari sabda nabi
Perkataan yang betul benar dan tiada dusta
Tidak sama antara debu kuda Allah pada hidung seseorang dengan asap api neraka yang menyala-nyala
Inilah kitab Allah yang bertutur antara kita
Bukannya dusta bila orang yang syahid itu tidak mati

Monday, May 11, 2009

Jalan-jalan

on the way home from Taif,
sempat singgah masjid Miqat Qarn al Manazil
kalau kat Jordan dulu,buah ni memang
favourite,DURRAQ namanya(peach)
mutawwif pujaan hatiku
di masjid terapung,Jeddah

dari kiri: kak niza,me and kak shazina
depan main campus Umm Qura Univ,Makkah

makan-makan dengan Ust Sulaiman dan isteri
Pengarah MSD Jordan

obhur,Jeddah
kebun di Syafa,Taif
-main masuk je kebun orang:)-
buah-buahan di Syafa,Taif yang sgt
segar dan murah


Oleh sebab blog ni dah bersawang...kami masukkan jugala gambar sikit-sikit....oklah tu,ada aktiviti juga kan ^_^
sekarang ni musim mid exam..so takla sibuk mana,cuma nk update blog je malas sikit...skit je:)
Ni pun tolong mutawwif pujaan je tulis skit2...
walaupun ku habiskan banyak masa di rumah,tapi sejak kebelakangan ni dah ada kerja nak buat,antaranya abang suruh ulang quran...rajin-rajin asah balik yang dh hafal...jangan kufur nikmat...dan beberapa lagi nasihatnya supaya ku tak lupa diri walaupun berada di tanah haram...hurm..
kejatuhan,kerundungan,kemurungan,kegagalanku antaranya ku rasakan sebab ku dah beransur leraikan tali pengikat 'unta'ku...sebagaimana dalam hadis....mafhumnya lebih kurang yang ku ingat,quran ibarat unta liar,kalau tidak ditambat, ia lari....ku ingat mafhumnya sebab dulu ku selalu baca hadis tu yang diframe tergantung dalam dewan makan MTANT.....
Dah tahu macam tu,malas macam pe3at(bahasa ibu2 di kampung) nak mengeluh pun tak guna...mengeluh tak jadi apa pun ....kita cuba baiki diri la kan...insyaAllah Allah tunjukkan jalannya..dan semoga Allah mudahkan jua hasratku untuk masuk kelas balik,bergelumang dengan buku dan kitab balik....Allahumma yassir wa la tu3assir ya Kareem....Allahumma taqabbal..amin

Lastly,Selamat Hari Ibu and becoming Hari Bapa buat ibu bapa kami di Malaysia..semoga kalian sentiasa di bawah lindungan Allah dan di dalam peliharaannya...dan semoga Allah membalasi kalian dengan ganjaran syurga yang tidak terbayang dek kelima-lima pancaindera untuk menggambarkan nikmatnya....amin