I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 19, 2009

Ucapan Presiden PAS di Parlimen mengecam pencerobohan Israel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir. Pertama saya mengucapkan syabas kerana sidang khas yang diadakan pada petang ini walaupun kita sedang bertanding di Kuala Terengganu, tetapi kita bersatu di sini.

Pada hari penamaan calon saya bermukabalah dengan Yang Berhormat Jelebu, Menteri Luar berbincang betapa perlunya kita mengadakan pendirian yang bersama kerana masalah ini masalah kemanusiaan dan masalah kebinatangan.

Berlakunya tindakan-tindakan yang di luar perikemanusiaan, pembunuhan yang kejam tanpa batas terhadap kanak-kanak, orang tua, orang awam yang uzur yang tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan dan tidak boleh ambil apa tindakan yang sepatutnya.

Bahkan dalam kajian haiwan ada binatang yang bersimpati kepada yang kecil dan yang tua. Tindakan yang berlaku di Gaza adalah satu tindakan yang sangat melampau dan tidak boleh diizinkan oleh masyarakat antarabangsa dan kita adalah sebahagian daripada masyarakat antarabangsa.

Oleh kerana itu kita lupakan pertelingkahan cabang, pertelingkahan pandangan dalam beberapa isu tetapi dalam perkara naluri kemanusiaan kita wajib bersatu. Langkah kita ini bukan fanatik kepada kaum walaupun kita menyedari bahawa ada negara yang dipengaruhi oleh Zionis meluluskan undang-undang anti semantic seolah-olah tidak boleh anti terhadap kaum Yahudi. Bermakna anti pada kaum lain tidak mengapa.

Alhamdulillah di negara kita tidak ada undang-undang yang seperti ini. Kita anti terhadap kaum-kaum yang tertentu. Sikap kita pada hari ini bukan benci kepada bangsa Yahudi tetapi benci kepada kezaliman yang dilakukan oleh golongan pelampau Zionis yang juga ditentang oleh kalangan orang-orang Yahudi sendiri.

Kita penganut agama Islam diwajibkan beriman dengan nabi-nabi Bani Israel, rasul-rasul Bani Israel, pemimpin-pemimpin Yahudi yang baik dalam sejarah yang disebut nama-nama mereka dalam Al-Quran kita wajib beriman dan mempertahankan nama baik mereka.

Akan tetapi sikap melampau kaum Zionis yang dicatatkan dalam Al-Quran yang telah menyebabkan mereka menjadi bangsa yang melarat yang tidak boleh diterima oleh kaum dalam sejarah manusia.

Sehingga dalam sejarah moden rakyat Palestin dipaksa, dirampas tanah air mereka untuk mendirikan sebuah negara yang dinamakan negara Israel. Kita tidak menafikan bahawa Palestin adalah tanah suci daripada kaum Yahudi, tanah suci kepada orang Islam, tanah suci kepada orang Kristian tidak dinafikan.

Akan tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menghalang hak-hak kaum yang lain untuk hidup dengan cara yang sewajarnya untuk mengecap kenikmatan di bumi tanah air masing-masing. Apa yang menakutkan rakyat Palestin bukan sahaja dihalau dengan pengiktirafan daripada negara-negara besar.

Ketika penubuhan negara Israel bahkan tindakan mereka secara demokratik tidak diakui Golongan Hamas dan dipantau oleh NGO barat termasuk Yayasan Jamie Cater daripada Amerika Syarikat yang memantau pilihan raya yang telus dan adil dan memberi kemenangan kepada Hamas. Malangnya kerajaan Hamas telah dikepung, telah disekat, telah dihalang dan telah diperlakukan.

Apabila tidak dapat dijatuhkan dengan cara itu maka diambil tindakan ketenteraan dengan cara yang sangat ganas. Malangnya keganasan ini disokong oleh kuasa besar dunia yang dianggap paling maju dan paling bertamadun yang paling mendukung demokrasi.

Malangnya negara Amerika Syarikat yang dimaksudkan itu menguasai bangsa-bangsa bersatu sehingga undang-undang antarabangsa dikendalikan oleh bangsa-bangsa bersatu laksana sarang labah-labah. Ianya serangga yang kecil yang boleh diambil tindakan yang melekat.

Helang-helang yang besar seperti Amerika boleh rempuh begitu sahaja dan boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka. Dalam hal ini kita tidak menafikan realiti kita berada dalam masyarakat antarabangsa dan menerima kewujudan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Apa yang penting ialah kita memainkan peranan yang pro aktif dalam pertubuhan antarabangsa ini. Sama ada melalui kita sendiri negara Malaysia ini termasuk secara kolektif melalui rakan-rakan dalam negara berkecuali (NAM) untuk mengambil satu tindakan yang sebaik-baiknya bagi memulihkan bangsa-bangsa bersatu itu sendiri.

Bunuh pemimpin Islam, 100 akan berganti

Sangat malu bagi kita yang berjiran yang hampir dengan Palestin kepada Venezuela yang jauh daripada Palestin dan mengambil tindakan yang berani memutuskan hubungan menghalau duta Israel. Di sana ada negara-negara yang masih malu-malu kucing terhadap Amerika Syarikat. Apa kita gerun dengan Amerika Syarikat? Dunia telah membuktikan kezaliman tidak akan kekal dan kezaliman tidak mengekalkan sesuatu kuasa besar dalam sejarah dunia.

Keadilan yang baik yang akan kekal. Mereka tidak berjaya menghapuskan perjuangan Palestin kerana perjuangan Palestin adalah perjuangan yang menuntut hak. Israel telah bertindak membunuh pemimpin-pemimpin Palestin, pemimpin Hamas.

Dibunuhnya Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh yang tidak boleh berjalan bergerak dengan kerusi roda sahaja dibunuh juga.

Dibunuhnya Yahya Arshad dibunuhnya Abdul Hadi Rantisi dan lain-lain, dibunuhnya pemimpin-pemimpin Palestin dikutip satu demi satu sebagai satu langkah untuk menghapuskan kepada Ketua Rakyat Palestin.

Apa yang berlaku kepada kita rakyat ini tidak boleh dihapuskan dengan membunuh pemimpin-pemimpin. Satu pemimpin dicantas 10 dan 100 tunasnya akan tumbuh Bukan cara itu. Caranya ialah mengendali dengan sebaik-baik dan seadil-adilnya. Kuasa besar dunia Amerika yang memberi perlindungan kepada Israel. Hari ini sudah runtuh imejnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Maka kita tidak perlu segan lagi kepada kuasa besar ini. Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka presidennya yang akan berhenti beberapa hari lagi. Walaupun kita menyedari kasut tidak boleh melawan Toma Hawk. Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga.

Dalam hal ini Insya-Allah kami akan bersama-sama dengan kerajaan untuk turun ke padang sama ada untuk menggerakkan rakyat dalam negara kita di kalangan semua kaum untuk tunjuk kepada dunia luar kita boleh bersatu dalam perkara yang menjadi titik persamaan antara kita.

Hari ini kita dalam satu barisan dan satu pakatan. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil satu tindakan yang lebih tegas untuk membolehkan tindakan yang sewajarnya terhadap jenayah yang dilakukan oleh pengganas yang bersifat negara. Bukan lagi pengganas individu pengganas yang bersifat state maka satu tindakan yang perlu diambil.

Dalam usul Perdana Menteri sudah disebut beberapa perkara yang menjadi alasan untuk menyeret Israel dan pemimpin-pemimpin Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa.

Mencabuli undang-undang antarabangsa. Kedua, mencabuli undang-undang hak asasi manusia. Ketiga, mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Keempat, mencabuli Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kelima, melanggar dan memijak Konvensyen Geneva.

Ini satu perkara yang jelas, yang nyata, yang tidak boleh di selindung lagi. Apa yang penting, selepas ini kita bergerak bukan saja di Parlimen, kita bergerak mengikut kemampuan kita masing-masing dan terima kasih. Saya menyokong usul ini.

Tuesday, December 30, 2008

Di Mana Kita??? :'(

alimat terakhir yang diucapkan Rantisi sebelum gugur syahid di Gaza mencerminkan ketinggian jiwa perjuangan seorang doktor pakar kanak-kanak ini. Inilah kenangan terakhir bersama Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.



Sebelum beliau gugur ia mengatakan,"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah.Untuk itu, biarkanlah Sharon dan kaum konspirator menggantung harapannya di sini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini. Jalan kami sukar dan berliku. Namun, inilah satu-satunya jalan yang menyampaikan kami kepada cita-cita kami. Demi perjuangan ini, mutlak tak ada kelemahan, menyerah, dan menghinakan diri."

Dengan kalimat perpisahan Rantisi kepada dunia fana yang semakin tua ini, Ia menyambut mati syahid dengan dada lapang. Beliau tidak bersembunyi dengan posisinya sebagai pemimpin Hamas, pengganti Syeikh As Syahid Ahmad Yasin. As-Syahid menyatakan,"Bukan menjadi rahsia Syeikh Yasin adalah pemimpin Hamas. Pengumuman nama saya juga bukan hal baru. Ini kerana sejak awal Israel memburu saya dan semua pemimpin Hamas. Kemudian, Hamas memerlukan identiti jelas; kepemimpinan yang boleh dijangkau oleh semua pihak, baik pemerintah, kumpulan-kumpulan perjuangan, ataupun orang biasa."

Semua pernyataan Rantisi sebelum syahid berkaitan dengan kesatuan nasional dan jihad. Ia mengatakan tentang pembalasan kematian Syeikh Yasin,"Kami tidak akan melupakan darah-darah kami yang tertumpah, kami yang dimaksudkan adalah Fatah dan sayap ketenteraanya, Jihad Islam dan sayap ketenteraannya, Barisan Rakyat, Barisan Demokrasi, Hamas dan semua sayap ketenteraannya."

Rantisi adalah tokoh karismatik yang dikagumi banyak pihak. Ia dibunuh Israel di Gaza kurang dari sebulan setelah pembunuhan Syeikh Yasin oleh Israel.

Pada bulan Jun tahun lepas beliau terselamat dari percubaan pembunuhan yang dilancarkan oleh Israel. Setelah Syeikh Yasin berjaya dibunuh di luar sebuah masjid di Gaza pada 22 Mac 2004, sasaran Israel menghala kepada sosok tegap dan tegas ini.

Sumber Israel menyebutkan, empat pesawat penggempur Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Rantisi sebelum akhirnya tempat beliau diketahui dan dibunuh, Sabtu lepas.

Peribadi Ar-Rantisi
Rantisi (56 tahun) sebenarnya adalah doktor pakar kanak-kanak yang menimba ilmu di Mesir, seorang pemimpin politik Hamas dan tidak berkaitan dengan sayap ketenteraan gerakan ini. Ini tentu tidak boleh diterima Israel. Bagi penjajah yang sudah mencengkamkan kukunya di Palestin selama lebih dari setengah abad ini, tidak ada bezanya antara sayap politik dan sayap ketenteraan Hamas. Bahkan Israel menuduhnya sebagai ahli perancang yang membuat keputusan serangan bom syahid. Selepas syahidnya Syeikh Yasin, ia berkata kepada para pendokongnya, Hamas di dalam Palestin akan memerangi Israel hingga Palestin merdeka.

Rantisi adalah tokoh peribadi yang islamik dan komitmen. Memiliki enam cahaya mata dan terkenal dengan sifat meghentikan pertemuan buat sementara demi untuk menunaikan solat pada waktunya. Loghat Inggerisnya yang fasih, menyebabkan as-syahid digemari oleh ramai wartawan dari pelbagai media. CNN dan TV Inggeris pun pernah melakukan wawancara dengannya.

Sikapnya yang tegas membuatkan banyak pemuda Palestin mengaguminya dan semakin lekat dengan Hamas serta semakin kukuh memperjuangkan perjuangan penentangan sama ada di Tebing Barat atau Genting Gaza.

Kelahiran
Rantisi dilahirkan di desa Yabna, berdekatan kota yang sekarang dikenali dengan Asqolan di Israel. Ketika masih lagi menyusui ibunya, as-syahid berpindah bersama keluarganya ke Genting Gaza berserta ribuan warga Palestin yang diusir pada tahun 1948 ketika Israel didirikan. Rantisi membesar di perkhemahan pelarian Khan Yunis dan menimba ilmu di Mesir. Ketika kembali ke Gaza ia terlibat menubuhkan Hamas pada tahun 1987. As-Syahid pernah keluar masuk penjara Israel berkali-kali semenjak tercetusnya Intifadhoh pada tahun 1987.

Rantisi adalah salah seorang dari 415 tokoh yang terlibat dengan gerakan Hamas dan Jihad Islam yang pernah diusir ke Lubnan pada tahun 1992 setelah terjadi rangkaian serangan ke atas Israel. As-Syahid kembali ke Palestin setelah Israel mendapat tekanan antarabangsa. As-Syahid juga pernah dipenjara kerana menolak berdamai dengan Israel.

Friday, December 12, 2008

Terima Kasih

Jazakumullahu khairan jaza' kami nak ucapkan kepada kak ila dan keluarga serta kak eni dan keluarga atas kenangan yang cukup bermakna kepada kami.
Semoga Allah Ta'ala sahaja yang dapat membalasnya jasa baik akak2 sekeluarga dan melimpahkan rahmatNya kepada kita semua...amin
Syukran Jazilan Kasiiran:)

Thursday, December 11, 2008

Arafah dalam Kenangan


Rasanya tahun ini aku paling banyak snap gambar masa wukuf coz ada camera woman yang sudi ambil gambar.hehe...jadi di sini upload sikit untuk tatapan bersama:)


"SABIILL!!!SABILLL!!!"
pakcik kat belakang dok berteriak nak bagi makanan.
sempat jgkla kami merasa sedekah mereka.
dok intai jgk kamiteken kot2 ada
dok menembak kt situ.hehe


'Doa utk saya retek deh...'


my best frend :)


'orang dok doa,dia dok action pulok...hehe...'
"xpe,tak masok waktu wukuf lagi laaa..."


berangkat pulang daa...

Monday, December 8, 2008

Arafah

Kitorang upload dulu gambar haji kali ni,kisahnya insyaallah lepas2 ni lah.Nak bertolak ke Mina pulak ni.Doakan kami di sini...doa anda penting untuk jemaah haji tahun ni('',)

tandas di Arafah
panduan kiblat di mana-mana

Friday, December 5, 2008

Rentetan Haji

Alhamdulillah...segala pujian bagi Allah yang masih memberi kami ruang untuk terus beribadat kepada-Nya. Hari ni merupakan hari tarwiyah untuk semua jemaah haji. Kami yang boleh dikira ahli Makkah ni masih terkontang -kanting nak buat haji. Tapi alhamdulillah, semalam sahabat kami dari Jordan, Ust Hafizul Bin Rasdi selaku 'kepala travel' dari Jordan telah menghantar sms kepada kami bahawa kami boleh join groupnya untuk haji kali ni..alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan semua urusan dan semoga kami serta seluruh jemaah haji tahun ni dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur insyaAllah..

Pagi ni suami saya masih menerima panggilan jemaah supaya membawa mereka ke hospital. Jemaah ni parents kepada kawannya zaman kecik2 dulu. Semalam suami saya mengadu keletihan serta kesihatannya kurang mengizinkan untuk 'pi mai'. Musim ramai orang gini biasalah..banyak virus berterbangan. Jadi suami saya pun dah jadi salah seorang daripada yang terkena virus. Akibatnya,terjadilah kahak kuning serta selsema.macam nk demam pun ada.tadi sebelum keluar dimintanya sweater untuk menahan kesejukan pagi. Anda yang membaca entri kali ni,jom kita sama2 doa agar jemaah haji yang nk buat haji tahun ni diberikan ketabahan serta kesihatan yang baik supaya nk buat ibadat pun dapat concentrate.

Masih belum terlambat rasanya saya nak berkempen tentang kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ni..kepada anda yang ingin menambahkan bonus dalam amalan, masih ada 2hari lagi untuk berbuat demikian. nak sedekah boleh,mengaji, zikir,buang sampah yang kita sepak je bile kite nampak..senyum:)))..banyakkan solat sunat,puasa...ape2la yang anda fikir bersesuaian. Yang penting sama2 kita niatkan amalan kita kerana Allah....bukan kerana kita nk menunjuk kat orang, biar orang tau kita ni soleh...uiks...dan macam2 lagi la yang boleh memesongkan niat kite.Nauzubilllahi min zaalik...

Sekadar renungan

Kata-kata ini sempat saya petik dalam blog Dr Asri buat tatapan kita bersama.....

"Dalam rangkap yang akhir dalam riwayat ‘Abd Allah bin Mas’ud ini dicerita pada zaman fitnah tersebut manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia. Lihatlah, bermula dengan upah sembahyang hadiah untuk jenazah, upah baca al-Quran untuk mayat sehingga perkara-perkara lain yang lebih besar yang lain. Semua itu projek duit atas nama agama. Berbagai khurafat akhirnya muncul, sedangkan umat Islam dilanda bermacam masalah yang getir."