I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 11, 2008

JEMPUTAN KAWIN

Perhatian Kepada Tetamu Yang Dihormati

assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat yang dihormati.dan sekali lagi ana mengajak sahabat semua ke Majlis Kahwin ana pada 26 julai nanti di Kg Lampu Kuala Besut seperti peta yg telah ana poskan.kad tersebut di edit oleh my brother irsyaduddin.

Untuk maklumat lanjut bolehla call ana +60176476797 atau telefon rumah +6096910293...
Bagi sesiapa yg tinggal di luar besut@terengganu sila maklumkan lebih awal jika mahu tempah chalet utk ana buatkan tempahan...

rate bilik:
1.dalam bandar jerteh;katil king size dan queen size RM100 1 malam
:2 katil king size RM120 1 malam.
2.tepi pantai Kuala Besut :bilik suite 2 katil king size :RM200 1 malam
:bilik 1 king size RM 100 1malam(boleh runding lagi kot)
:bilik katil double dacker RM60 1malam.
3.tepi pantai bukit Keluang:5STAR..ni mahal sikit.paling murah katil king size RM250

kalau yg berminat sila maklumkan ana awal2 untuk membuat booking...call atau sms pada nombor tersebut dan berapa orang yang menginap.

dan 1 lagi,kepada sesiapa yang mahu ke pulau perhentian pun boleh nak ana arrange..yg ni kene call untuk bincang.hehe

wasalam

Monday, July 7, 2008

'map ni clear sket'

sape2 y xclear ngan peta ni, bleh publish comment

Saturday, July 5, 2008

Jemputan Majlis Kahwin Kami Pada 26 Julai 2008



Di jemput kepada semua yang mengenali diri kami ke majlis Walimatul Urus pada 26 julai 2008 di Kampung Lampu,22300 Kuala Besut,Terengganu,Malaysia.
Bolehla call ke rumah ana jikalau ada apa2 masalah untuk sampai ke sana.
+6096910293...atau kepada :
Pengarah Program Kahwin:Azita Zakma:+60139330850
Setiausaha:Azlinda:+60133091031
AJK Khas:Irsyaduddin:+60199863455

Wednesday, July 2, 2008

Raja Nazrin mahu pegawai agama bebas dari politik

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah mahu supaya pegawai agama bebas daripada politik kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin atau kumpulan politik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab urusan agama Islam.

"Urusan agama Islam sama sekali tidak harus dibenar untuk dipolitikkan," titah baginda dalam majlis menghadap oleh Orang Besar Jajahan dan pegawai tadbir agama daerah negeri Perak di Kompleks Islam di Ipoh pagi ini.

Menurut laporan Bernama, Raja Nazrin menjelaskan bahawa masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk mengadakan kegiatan politik sebaliknya hendaklah menjadi instrumen untuk menyatupadukan ummah.

Menurut baginda, Orang Besar Jajah adalah wakil Sultan Perak di daerah masing-masing dan mereka perlu menjadi mata dan telinga kepada Sultan mengawasi kegiatan agama Islam di daerah masing-masing.

Raja Nazrin juga bertitah baginda wajib memberikan peringatan bahawa Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri.

"Raja Pemerintah memiliki kuasa mutlak dalam urusan agama Islam. Raja Pemerintah berada di atas politik kepartian, bersikap bebas dan berkecuali dari sebarang pengaruh atau kepentingan politik kepartian," titah baginda.

Tuesday, July 1, 2008

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Selepas orang no 1 dan 2 saling nafi dan menafikan penglibatan mereka dalam kes DSAI II, kini menantu orang no 1 a.k.a budak nakal tingkat 4 mula bersuara.

Telah diketahui umum bahawa budak yang satu memang suka menggunakan isu liwat ini sejak dari dulu kini dan selama-lamanya, kini dia mula bersuara lagi katanya :‘ “Mungkin Anwar sendiri arah Saiful lapor untuk raih simpati rakyat" Khairy ‘ Oleh Utusan Isnin, 30 Jun 2008.

Saya lebih memilih BN akan menggunakan teori yang lebih mudah seperti ulasan Khairy. Mereka tak perlu bersusah payah mencipta dan mereka teori dan bukti serta mencari pelakon tambahan. Jalan ceritanya akan menjadi lebih panjang. Di penghujung siasatan, kenyataan akan dikeluarkan oleh saiful DSAI yang mengarahkan laporan Liwat. Saiful Bahri pun tak payah susah berlakon panjang. Wataknya boleh dimatikan dan rakyat lebih mudah mempercayainya.

Matlamat isu ini dicipta hanya

1. Menenggelamkan isu Altantuya.
2. Melupakan rakyat isu minyak.
3. Tiada lagi isu pengambil alihan kerajan pusat.
.
Bagi membuktikan DSAI terlibat liwat amat sukar kerana

1. Mahkamah telah membersihkan DSAI.
2. Rakyat dah tak percaya lagi DSAI liwat.
3. Watak utama Saiful telah terdedah.

Sewajarnya kita berhati hati menangani isu ini kerana takkan mungkin Dolah, Najib dan kuncunya seperti Bakri akan memilih jalan Tun yang pernah gagal di saat Tun memiliki kuasa dan cengkaman yang kuat terhadap kerajaan.

Sunday, June 22, 2008

perjalanan umrah

oleh irsyad

20.05.2008

10.45:Tiba d KLIA bersama keluarga.Dikepalai dgn keluarga Suhaila, Azman, Kasmimi, dan Linda

11.00:Berkumpul bersama Jemaah Imtiyaz Travel bersama ketua rombongan Ust. Wan Hamidi di kaunter J tingkat 5 KLIA

21.05.2008

1.00 a.m : Ustaz Wan Hamidi menyerahkan semua passport kepada kami berlima. Check in semua barang-barang. Berat barang yang dibawa sebanyak 60 kg. Diberi taklimat ringkas tentang penerbangan Qatar Airways ke Jeddah. Dimaklumkan akan transit di Doha selama 4 jam.

2.30 a.m

Berarak masuk ke balai berlepas. Ayah Cik ditahan kastam atas kesalahan membawa gunting lipat dalam beg sandangnya. Kastam hanya merampas gunting tersebut. Kami menaiki keretapi ke bilik berlepas. Ayah Cik menukar duit RM ke RS. 600 riyal bersamaan RM534.

3.05a.m: Berjalan masuk ke dalam kapal terbang jenis Airbus.Mak Aza orang pertama masuk ke dalam kapal terbang kerana berkerusi roda. Rombongan kami dikhaskan untuk 4 baris kerusi tetapi disusun mengikut nama. Dimarah oleh pramugari kerana tidak mengikut nombor seat.Tetapi selepas berbincang, Mok Aza duduk di sebelah Mok Cok, aku dengan Sapik. Manakala Ayah Cik dengan salah seorang jemaah Imtiyaz.

3450am: Kapal terbang selamat berlepas dari landasan. Kapal terbang yang selesa dan luas. Terdapat tv, games dan mp3. Diberikan gula2 dan air.

5.00pg: Dihidangkan dengan makan malam. Makanan agak western. Makan untuk alas perut. Tidur.

7.00 am: Ustaz Wan memaklumkan waktu Subuh. Kami terpaksa sembahyang Subuh secara duduk di kerusi kapal terbang untuk hormat waktu dan bertayamum. Kami menepuk debu-debu di tingkap dan kusyen kapal terbang untuk bertayamum.