I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 26, 2008

Leteran Seorang Permaisuri Hati

DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'¦.

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri empunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

"Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."

Selamat Hari Lahir Untuk Ayah Tersayang yang ke-60


Hari ini baru ada masa nak menulis.2,3hari ni agak sibuk kerana menyambut kedatangan nenda,adik 2orang (irsyad dan syapik) serta paksedara&maksedara mokcik dan ayahcik datang umrah.mereka sampai 21/5 yg lepas di madinah.kebetulan mereka sampai sana pada hari minggu so berpeluangla bersama mereka disana.alhamdulillah sampai disana sempat jg bertemu dgn saudara sorang lg dr shah alam ayah zan,chesal dan anaknya izzati yg berkebetulan tinggal di hotel yg sama...

sebenarnya semalam bersamaan 25-mei-2008 merupakan genap umur ayahanda 60 tahun.tapi kerana keletihan balik dari madinah dan tolak nenek tawaf dan sai menyebabkan terlupa nak call rumah tp alhamdulillah ayah yg call anan kelmarin.tapi sedihnya masa tu ayah call masa tidur,tak tau jawab ape.hehe...

Kelmarin genapla 5tahun ayah pencen dari kerja dengan masuk profesion baru memelihara lembu bg mengisi masa lapang.pada awal pemeliharaan lembu semua anak2 menentang keras idea ayah yg banyak membelanjakan duit utk membeli lembu dan untuk buat pagar.hanya ibu tersayang yg menyokong penuh usaha ayah.setelah 5 tahun berlalu barulah anak2 faham kenapa mak menyokong penuh usaha ayah tuh.naluri seorang isteri yg hidup berhempas pulas mengharungi susah payah sebelum ini berkongsi kehidupan bersama memang memberi persefahaman yg cukup hebat walaupun selalu jugak nampak mak selalu meleter kat ayah.nak2 bile balik lewat dr tempat lembu menyebabkan tak sempat gi masjid.memang kene berleter panjang tp ayah cool je kene marah...hehehe.

jadual ayah seharian,solat subuh berjemaah di masjid setelah puas mak kejut berkali2,(hehe)penyakit nih turun pada anak2.takde sorang pun ikut mak yg tahjud tiap2 malam.kemudian lepas balik masjid ayah akan tidur.pukul 7 lebih ayah akan keluar menziarahi lembunya yg ada lebih kurang 10 ekor.lepas tu pergi ke kebun bersenang erobit kat sana...dalam pukul 11 mesti balik rumah.kalau takde kat rumah masa tuh confirm dok mesyuarat dgn kawan2nya...ini balik confirm kene marah...:)mesyuaratnya takde hal lain,lembu@tangkap ikan.memang sejak dari ayah kerja lagi ayah tak minat dengan politik.tak mustahilla boleh bilang dgn jari berapa kali ayah pergi mengundi.memang bab politik dia cukup tak suke coz politik kat kampung tu agak kotor,dok gaduh sesama saudara islam,sampai saudara sendiri nak bertetak bertakir dengan parang sebabnya politik(ini pinjam kata2nya).so ayah berkawan dgn semua orang.sebab itulah kalau ada majlis kat rumah kami semua orang kampung akan datang tak kira dari pihak mana...
isy,jauh pulak melalut.zohor memang ayah ada kat rumah dok layan cucu.masa ni aje dia luangkan masa bersama dgn saudara @ anak2.ingat lagi balik baru nih gi ziarah saudara kat kelantan.sebelum asar pasti ayah dok marah2 ajak balik.macam ada perkara penting sangat kat rumah.itulah,lepas asar janji dengan lembu tak boleh dikhianati.nk cari ayah lepas asar takde tempat lain kecuali kat sana.ana pernah ikut sekali ayah kesana,memang manja lembu2nya.dari jauh dgr motornya dah berkumpul lembu2 tu kat pintu.bile ana masuk semua berkeliaran lari.memang ana takde bakat pelihara lembu:)dekat2 maghrib balik bersiap ke masjid utk solat maghrib kemudian balik semula ke rumah utk lihat buletin utama.malam lepas isya' jarang sangat ayah keluar memang dok kat rumah coz letih bermain dgn lembu.

lepas beberapa tahun barulah kami anak2 faham kenapa ayah nak pelihara lembu dan mak tak melarang niat tersebut.rupa2nya mak tahu kalau ayah tak buat ape2 kerja confirm banyak waktu dok kedai kopi.start dari pagi sampai malam.tak tau ape yg dok sembang sebagaimana banyak pakcik2 tua yg setia dgn kerusi dan mejanya kt kampung sana.

now dah dekat 1tahun tak jumpa.tak tau ape telah berlaku padanya dikampung.sama ada dah berubah dari jadual ni ana pun tak tau.rasa rindu sangat nak jumpanya:(
semoga Allah Ta'ala sentiasa membimbingnya kejalan yg lebih baik dr hari2 yg lepas dan lebih baik pada hari2 muka...tak lupa ku hadiahkan doa yg diajar oleh Rasulullah setiap kali lepas solat.
رب اغفر لي و لوالدي و ارحم هما كما ربياني صغيرا
maknanya:"Ya Allah ya tuhanku,ampunkanlah dosa2ku dan kedua ibu bapaku.Engkau rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik menjagaku ketika kecil"...amin

ana selalu dok sembang dgn isteri tercinta tapi tak pasti ini ada hadis manusia biasa atau dari Rasulullah insan yg paling mulia bahawasanya tak terangkat doa anak adam kalau doanya tak mendoakan utk mak ayahnya dan tak terangkat doa isteri kalau tak doakan utk suaminya.

ana rasa setakat ini dulu celoteh utk hari ini coz nak bersiap nk gi hotel nenek.

"MY FATHER YOU ARE THE BEST"

ana rasa banyak kene mintak maaf dengannya coz banyak dosa dok lawan cakapnya selama ni sama ada sengaja atau pun tak...maafkan anakmu:(

Thursday, May 22, 2008

Ya Allah...bantulah saudara-saudaraku di Palestin

Nakhbah di Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.


Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

dipetik dari: http://www.darulbayan.com