I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 26, 2008

Leteran Seorang Permaisuri Hati

DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'¦.

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri empunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

"Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."

Selamat Hari Lahir Untuk Ayah Tersayang yang ke-60


Hari ini baru ada masa nak menulis.2,3hari ni agak sibuk kerana menyambut kedatangan nenda,adik 2orang (irsyad dan syapik) serta paksedara&maksedara mokcik dan ayahcik datang umrah.mereka sampai 21/5 yg lepas di madinah.kebetulan mereka sampai sana pada hari minggu so berpeluangla bersama mereka disana.alhamdulillah sampai disana sempat jg bertemu dgn saudara sorang lg dr shah alam ayah zan,chesal dan anaknya izzati yg berkebetulan tinggal di hotel yg sama...

sebenarnya semalam bersamaan 25-mei-2008 merupakan genap umur ayahanda 60 tahun.tapi kerana keletihan balik dari madinah dan tolak nenek tawaf dan sai menyebabkan terlupa nak call rumah tp alhamdulillah ayah yg call anan kelmarin.tapi sedihnya masa tu ayah call masa tidur,tak tau jawab ape.hehe...

Kelmarin genapla 5tahun ayah pencen dari kerja dengan masuk profesion baru memelihara lembu bg mengisi masa lapang.pada awal pemeliharaan lembu semua anak2 menentang keras idea ayah yg banyak membelanjakan duit utk membeli lembu dan untuk buat pagar.hanya ibu tersayang yg menyokong penuh usaha ayah.setelah 5 tahun berlalu barulah anak2 faham kenapa mak menyokong penuh usaha ayah tuh.naluri seorang isteri yg hidup berhempas pulas mengharungi susah payah sebelum ini berkongsi kehidupan bersama memang memberi persefahaman yg cukup hebat walaupun selalu jugak nampak mak selalu meleter kat ayah.nak2 bile balik lewat dr tempat lembu menyebabkan tak sempat gi masjid.memang kene berleter panjang tp ayah cool je kene marah...hehehe.

jadual ayah seharian,solat subuh berjemaah di masjid setelah puas mak kejut berkali2,(hehe)penyakit nih turun pada anak2.takde sorang pun ikut mak yg tahjud tiap2 malam.kemudian lepas balik masjid ayah akan tidur.pukul 7 lebih ayah akan keluar menziarahi lembunya yg ada lebih kurang 10 ekor.lepas tu pergi ke kebun bersenang erobit kat sana...dalam pukul 11 mesti balik rumah.kalau takde kat rumah masa tuh confirm dok mesyuarat dgn kawan2nya...ini balik confirm kene marah...:)mesyuaratnya takde hal lain,lembu@tangkap ikan.memang sejak dari ayah kerja lagi ayah tak minat dengan politik.tak mustahilla boleh bilang dgn jari berapa kali ayah pergi mengundi.memang bab politik dia cukup tak suke coz politik kat kampung tu agak kotor,dok gaduh sesama saudara islam,sampai saudara sendiri nak bertetak bertakir dengan parang sebabnya politik(ini pinjam kata2nya).so ayah berkawan dgn semua orang.sebab itulah kalau ada majlis kat rumah kami semua orang kampung akan datang tak kira dari pihak mana...
isy,jauh pulak melalut.zohor memang ayah ada kat rumah dok layan cucu.masa ni aje dia luangkan masa bersama dgn saudara @ anak2.ingat lagi balik baru nih gi ziarah saudara kat kelantan.sebelum asar pasti ayah dok marah2 ajak balik.macam ada perkara penting sangat kat rumah.itulah,lepas asar janji dengan lembu tak boleh dikhianati.nk cari ayah lepas asar takde tempat lain kecuali kat sana.ana pernah ikut sekali ayah kesana,memang manja lembu2nya.dari jauh dgr motornya dah berkumpul lembu2 tu kat pintu.bile ana masuk semua berkeliaran lari.memang ana takde bakat pelihara lembu:)dekat2 maghrib balik bersiap ke masjid utk solat maghrib kemudian balik semula ke rumah utk lihat buletin utama.malam lepas isya' jarang sangat ayah keluar memang dok kat rumah coz letih bermain dgn lembu.

lepas beberapa tahun barulah kami anak2 faham kenapa ayah nak pelihara lembu dan mak tak melarang niat tersebut.rupa2nya mak tahu kalau ayah tak buat ape2 kerja confirm banyak waktu dok kedai kopi.start dari pagi sampai malam.tak tau ape yg dok sembang sebagaimana banyak pakcik2 tua yg setia dgn kerusi dan mejanya kt kampung sana.

now dah dekat 1tahun tak jumpa.tak tau ape telah berlaku padanya dikampung.sama ada dah berubah dari jadual ni ana pun tak tau.rasa rindu sangat nak jumpanya:(
semoga Allah Ta'ala sentiasa membimbingnya kejalan yg lebih baik dr hari2 yg lepas dan lebih baik pada hari2 muka...tak lupa ku hadiahkan doa yg diajar oleh Rasulullah setiap kali lepas solat.
رب اغفر لي و لوالدي و ارحم هما كما ربياني صغيرا
maknanya:"Ya Allah ya tuhanku,ampunkanlah dosa2ku dan kedua ibu bapaku.Engkau rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik menjagaku ketika kecil"...amin

ana selalu dok sembang dgn isteri tercinta tapi tak pasti ini ada hadis manusia biasa atau dari Rasulullah insan yg paling mulia bahawasanya tak terangkat doa anak adam kalau doanya tak mendoakan utk mak ayahnya dan tak terangkat doa isteri kalau tak doakan utk suaminya.

ana rasa setakat ini dulu celoteh utk hari ini coz nak bersiap nk gi hotel nenek.

"MY FATHER YOU ARE THE BEST"

ana rasa banyak kene mintak maaf dengannya coz banyak dosa dok lawan cakapnya selama ni sama ada sengaja atau pun tak...maafkan anakmu:(

Thursday, May 22, 2008

Ya Allah...bantulah saudara-saudaraku di Palestin

Nakhbah di Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.


Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

dipetik dari: http://www.darulbayan.com

Daulat Tuanku


Agong Mahu Mufti Turut Serta Pada Setiap Persidangan Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR 21 Mei — Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan agar mufti dan timbalan mufti menyertai setiap persidangan Majlis Raja-raja serta semua mesyuarat kerajaan negeri dan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata perkenan baginda itu selaras dengan usaha menaik taraf dan memberi pengiktirafan kepada institusi mufti sebagai penasihat agama dan undang-undang di peringkat persekutuan dan negeri.

“Mufti adalah institusi yang sangat penting dalam masyarakat sebab itu Tuanku menitahkan supaya institusi mufti ini dipertingkatkan dengan diberi input yang mencukupi bagi menyelesaikan isu.

“Perkenan ini juga membuktikan institusi mufti masih mendapat perhatian dan kepercayaan bukan sahaja daripada rakyat tetapi juga pihak pentadbiran tertinggi negara,” kata Abdul Shukor kepada Bernama selepas majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Semua mufti hadir kecuali Mufti Selangor dan Mufti Pahang yang masing-masing terlibat dengan Persidangan Dewan Undangan Negeri. Mereka diwakili timbalan mufti.

Turut sama menghadap ialah empat daripada enam anggota jawatankuasa bukan dari institusi mufti yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menyertai Majlis Fatwa Kebangsaan terdiri daripada pakar bidang agama dan kehakiman.

Abdul Shukor berkata Yang di-Pertuan Agong turut mencadangkan agar mufti atau wakil mereka memberi taklimat atau maklumat kepada mesyuarat pasca Majlis Raja-raja mengenai sebarang isu berbangkit.

“Yang di-Pertuan Agong juga mahukan satu pandangan yang konkrit yang disepakati semua ahli majlis fatwa dan dikemukakan kepada Majlis Raja-raja untuk dipertimbangkan, apa juga isu, sama ada isu semasa atau berkaitan agama,” katanya.

Abdul Syukor berkata perlu ada satu institusi penyelidikan dan juga mereka yang pakar untuk memberi input kepada semua mufti bagi memahami isu-isu tersebut sebelum mengeluarkan fatwa.

Katanya baginda juga mahu mufti menasihatkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam isu yang berkaitan masalah sosial dan hiburan yang melampau.

"Jadi ini satu peluang yang dapat, InsyaAllah, kita kemukakan dengan kertas kerja yang konkrit dan juga pandangan-pandangan yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata bahawa sebelum ini kebanyakan pandangan disalurkan melalui Jakim dan Majlis Kebangsaan Islam serta saluran-saluran yang lain.

dipetik dari http://al-ahkam.net

Monday, May 12, 2008

Khas Untuk Bonda

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Selamat Hari Ibu

Dengan kesibukan exam 2,3minggu ni sehingga merasakan masa berlalu dengan cukup pantas.sedar atau tidak dah sampai minggu kedua bulan mei.keadaan di sini tak sama dengan di malaysia.sibuk sejauh mana pun pasti ada masa tonton tv atau dengar radio kalau kt malaysia sana.tapi dok sini selain dari jumpa orang,baca buku,boring sangat main PSP jap,itulah rutin harian takde masa nak tonton tv...
sedangkan azam tahun lepas nak ucapkan selamat hari ibu berlalu mcm gitu saje.tp hati ni sentiasa subur dengan sentiasa rindu padanya setiap hari setiap jam setiap minit setiap saat.tp tak salah dgn bersempena hari ibu ini kite luahkan secara zahir selamat hari ibu untuknya...bukanlah bermakna minggu ni saje ingat kat ibu...
dan ana betul tersentuh dengan tulisan saifulislam tentang cinta tanpa syarat.wajarla kite sama2 renungi pae yg telah kite sumbangkan untuk mak ayah kita.jangan lah kite asyik masih nak persoalkan ape mak ayah kite bagi pada kita sebagaimana mak ayah orang lain bg pada anak2 mereka.
ana pun rasa gelisah tentang azam nak sambung master di luar negara sedangkan umur mak ayah makin lanjut...semoga Allah menunjukkan,memandu kami dgn jalan yg terbaik.
ana harap bagi insan yg bernama anak elokla baca artikel saifuislam dgn link berikut:
http://saifulislam.com/?p=474#more-474

Pesanan Ayah Buat Anak

td ana terbaca 1 artikel masa dok ralik cari bahan utk wak bahas...ana rasa elok untuk dikongsi bersama...artikel ni ana copy paste je.tak tau sapo entah yg karang...semoga allah sampaikan pahala padanya...amin

Pesanan Ayah Buat Anak

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak
ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita
sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil
baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami...
Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita
terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan
dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita
mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa
tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih
ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan
Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini
sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad...
Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam
lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita.
Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga
adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita
benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir
bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita
ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita
adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak
malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ...
walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan
yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah
kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak
bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah
walau sedetik

sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai
berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam
beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di
buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir
kepada Allah..

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat
kepada Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai
manusia yang berasal

dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin
kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa
kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih
tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat,
dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak
malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari
mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan
umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan
pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada
mereka yang

tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh
menyebabkan dosa. Dosa!!!

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang
boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu
yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita
menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga
tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan
mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita
telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin
solat kita tidak tercela?

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah
diredhai Allah?

Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita
akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...


* kita yakin semua itu dapat membantu kita
menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga
dapat membela

kita di hari akhirat?

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana
menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah
yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita
masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah
menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum
Allah menutup pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang
PASTI......!!!!

Siapa kita....????

kisah orang dok dalam gua

Minggu ni ada ikhtibar tafsir…doctor yg ajar adalah dari mesir…lulusan dari jamiah azhar…dulu pernah sembang dgn syekh ana ni…dia cukup suke pelajar Malaysia coz dulu masa dia belajar masrter dan pHd dia diminta oleh pelajar malizi kat sana utk mengajar kelas tafaqquh…dia memang puji pelajar malizi dgn adab dan disisplin ilmu tp satu je masalah pelajar malizi ni berat mulut nk bertanya…tu macam perli kat aku jer…

Ikhtibar nisfi ni diminta baca sendiri muqorra coz ape yg belajar akan masuk nihai jer…so agak berat jugakla nak baca sendiri…tp disudut yg lain tolabah suke jg cara ni coz doctor tak syadid sangat dgn darajah…

Wa lizalik ana nak berkongsi lah sikit ape yg baca ni semoga kita sama2 dapat istifadah…

Muqorrra utk ikhtibar ni adalah dari suroh kahfi…suroh yg cukup indah dgn 3 cerita yg cukup menarik…sebelum ni tau baca je tak faham sgt dr sudut asbab nuzul,tafsirannya,balaghahnya…dengan merujuk tafsir fathu alqadir oleh syekh syaukani mufassir dari yaman ni,memang banyak ilmu2 baru dapat…tafsir beliau ni ana dapati banyak kesamaan seolah2 1 talkhis dari tafsir qurtubi mufassir ma’ruf dr mesir yg terkenal dgn nama lainnya tafsir aljaami’ li ahkam alquran alkarim…

Marila sama- sama kite tadabbur surah ni…

Dinamakan surah alkahfi (nama gua)…

Terdiri drpd 111 ayat…diturunkan di makah menurut pendapat kebanyakan mufassirin diantaranya ibn Abas anak sepupu Rasulullah …ada pendapat yg tak kuat mengatakan 8 ayat awal surah ini diturunkan di madinah…

Kelebihan surah ini amat banyak…dan hadis2 yg menceritakan tentang kelebihan surah ini adalah dari hadith2 yg sohih…oleh sebab itula ana ajak diri ana dan rakan2 sekalian utk sama2 jadikan surah ini amalan kite setiap minggu paling malas atau setiap hari kalau rajinJ

Dan di sini ana tulis sedikit kelebihan surah ini yg diberitakan oleh baginda RAsulullah…

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (من حفظ عشر آيات من اول سورة الكهف عصم من فتنة الدجال)

Rasulullah bersabda : sesiapa yg menghafaz 10 ayat awal dari surah alkahfi ( ini adalah jaminan dr Rasulullah) maka selamat dia dr fitnah dajjal…

Dalam hadith yg lain :

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (من قرأ عشر آيات من اول سورة الكهف عصم من فتنة الدجال)

Rasulullah bersabda : sesiapa yg membaca 10 ayat awal dari surah alkahfi (ini adalah jaminan dr Rasulullah) maka selamat dia dr fitnah dajjal…

Antara kelebihn yg lain bg sesiapa yg membaca surah ini Allah ta’la memberikan cahaya kepadanya . ana ingat baba wan nik syarah kpd kami tentang cahaya ini…kite sebenarnya sangat berhajat kepada cahaya daripada Allah ta’ala.dalam bahasa lain cahaya ini disebutkan dalam bahsa arab al nur atau huda (hidayah)…

Berkata baba:hidup kite ni umpama gelap gelita.tak tau ape yg ada dihadapan sana.ape akan terjadi sebentar lg atau esok lusa,bulan depan,tahun depan dan yg akan datang…dan kite sangat memerlukan cahaya dalam memandu hidup kite supaya tak tersesat dalam kegelapan …selain kite berpandukan iman yg menjadi main power kite yg menjana cahaya kpd hidup kite,surah ini jg dapat menerangkan lg dgn menambahkan jumlah watt cahaya bg membantu kite melakukan keputusan dalam hidup kite dgn tepat yg selari dgn kehendak Allah Ta’ala…

Tersentak ana dengar syarahan baba dulu…baru tau ape makna cahaya yg dimaksudkan oleh RAsulullah dlm hadis berikut:

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (من قرأ سورة الكهف كانت له نورا من مقامه الى مكة , ومن قرأ عشر آيات من آخرها ثم خرج الدجال لم يضره)

Rasulullah bersabda : sesiapa yg membaca surah alkahfi (nescaya Allah) memberi kpdnya cahaya dr tpt dia hingga ke Makkah.dan sesiapa yg membaca 10 ayat akhir darinya kemudian keluar dajjal nescaya dajjal tak dapat memudharatkannya (menyesatkannya).

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين)

Rasulullah bersabda : sesiapa yg membaca surah alkahfi pada hari jumaat (nescaya Allah) meneranginya dgn cahaya di antara dua jumaat…

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة سطع له نور من تحت قدمه الى عناء السماء يضيء له يوم القيامة و غفر له ما بين الجمعتين)

Rasulullah bersabda : sesiapa yg membaca surah alkahfi pada hari jumaat nescaya Allah meneranginya dari tapak kaki sampai ke langit yg akan meneranginya pada hari qiamat nanti dan jg Allah akan mengampunkan dosanya di antara dua jumaat…

Dan masih banyak lg hadis yg menceritakan tentang kelebihan surah ni tp coz ana study tak abis lagi,berenti setakat ni dulu…ada masa insyaAllah ana akan tulis lg tentang tafsir surah ini…ada masa rajin2la buke terjemahan surah alkahfi ni…

Thursday, May 8, 2008

Penerbangan

Ukhwah Bertaut

Senyuman Mengurai

Ikhlas Nawaitu

Jalinan Persahabatan


SATU PENERBANGAN...

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat

penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang

brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

-Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau

AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

-Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi

amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan

berat ianya atas kesudianPencipta kita.

-Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf

dengannya tetapi kain putih kotton.

-Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi

air mawar dan cendana.

-Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American,

tetapi Al-Islam.

-Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi

'Lailaillah'.

-Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan

lain-lain.

-Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau

ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

-Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow

Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

-Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan

permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

-Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi

adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa

samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan

Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau

Neraka.

-Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

-Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

-Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir

sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

-Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma,

jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

-Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu

bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu

tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

-Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat

waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

-Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda

telah hilang selera bersuka-ria.

-Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah

sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini

Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa

'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah

ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Hanya Ingin Mengingatkan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya